Skip to main content

Aduh.. Sakit Kepala! | Macam Mana Nak Atasi?

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

Semua sihat ke?


Saya just nak share, beberapa hari yang lepas, saya tiba-tiba diserang sakit kepala yang amat-amat sangat. Bila ingat-ingat balik, memang dah lama sangat saya tak sakit kepala macam tu. Masa zaman belajar dulu, tak payah cakap la... episodes of migraine tu memang dah sebati dalam hidup saya. Agaknya masa zaman belajar dulu stress sangat kan... Ada satu tahap tu, saya pernah nak hentak kepala dengan tukul bagi hilang sakit tu.

Alhamdulillah, sekarang ni dah takde dah suffer sakit kepala macam tu. Yang sakit kepala haritu pun sebab saya tak cukup tidur. Saya ni memang degil sikit. Orang suruh tidur awal, dia nak gak stay up lama-lama... Konon anak tidur, nak buat kerja la... Ni gaya hidup yang tak sihat ye... Jangan tiru aksi ini... hihihi...

So, saya taknak sakit kepala lama-lama sangat. Saya pun terus telan B-Complex and Ostematrix. Alhamdulillah... lega sikit... 


B-Complex Shaklee ni mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang penting untuk untuk kesihatan saraf badan kita. Dia juga bantu untuk mengurangkan paras homosistiena dalam badan kita yang boleh trigger utk kita dapat migraine.

Vitamin B2 (Riboflavin) juga berperanan untuk meningkatkan metabolisme tenaga mitokondria. Secara tak langsung, ia dapat mengurangkan kekerapan berlakunya migraine dan sakit kepala. Kalau dapat migraine pun, ia tak akan lama berlarutan, dan bantu untuk cepat surut.

Ostematrix pula mengandungi magnesium yang berkesan untuk mengelakkan kita dapat migraine, terutamanya yang disebabkan oleh PMS atau mestruation. Seperti vitamin B, magnesium juga dapat mengurangkan kekerapan berlakunya migraine.

Selain magnesium, Ostematrix juga ada Vitamin D yang boleh kurangkan kekerapan kita diserang migraine.

Selain supplement, jangan lupa minum air yang cukup... Dehydration pun boleh jadi punca untuk kita dapat sakit kepala dan migraine.
Try jauhkan diri kita daripada suasana yang bising, duduk dalam suasana yang tenang, dengar muzik yang tenang-tenang. 
Kalau kita jenis sedentary, lepas ni kena rajin-rajinkan sikit bersenam. Stretching-stretching sikit leher tu... Bagi longgar-longgar sket saraf yang ketat-ketat tu...
Dan malam jangan lupa tidur awal k...

Kalau anda selalu dapat sakit kepala, boleh lah amalkan tips-tips ni ye...

Moga membantu...

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole