Skip to main content

Vitamin A: Manfaat, Sumber Makanan & Kesan Kekurangan

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

Vitamin A

Vitamin A mungkin selalu dikaitkan dengan lobak merah dan kesihatan mata, tapi tahukah anda bahawa vitamin ini sebenarnya mempunyai banyak lagi manfaat? 

Dan alangnya, ramai juga yang tak sedar yang ada sesetengah orang mungkin boleh mengalami masalah kekurangan Vitamin A, yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Dalam post kali ini, saya nak share sikit tentang kepentingan Vitamin A, daripada manfaat utamanya sehinggalah kepada sumber makanan terbaik yang boleh kita ambil. Jom kita tengok!

Manfaat Vitamin A

Jom tengok manfaat utama vitamin A yang buatkan ia penting untuk kesihatan kita:

Jaga kesihatan mata
- membantu penglihatan dalam keadaan gelap 
- mengurangkan risiko rabun malam

Kulit lebih sihat dan berseri
- bantu mempercepatkan pembaharuan sel kulit
- mengurangkan keradangan
- bagus untuk yang ada masalah kulit kering, berjerawat dan kusam

Kuatkan sistem imun
- Bantu menghasilkan sel darah putih untuk lawan virus dan bakteria

Tulang dan gigi yang kuat
- bantu pertumbuhan tulang yang sihat, terutama untuk kanak-kanak yang sedang membesar

Penting untuk kesihatan reproduktif
- Bantu dalam meningkatkan kesuburan dan kesihatan organ pembiakan
- untuk ibu hamil, pening untuk perkembangan janin yang sihat

Pencegahan kanser
- berfungsi sebagai antioksidan yang melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan menyebabkan mutasi
- melawan petumbuhan sel tidak normal yang boleh membawa kepada kanser

Walaupun Vitamin A ni banyak manfaat, jangan ambil berlebihan ya! Sebab kalau terlalu banyak, boleh memudaratkan kesihatan. Jadi, pastikan cukup dalam diet seharian dengan cara yang betul. 

Sumber Makanan Kaya Vitamin A

Ada dua sumber utama Vitamin A: retinol (dari haiwan) dan beta-karoten (dari tumbuhan). Jom tengok makanan yang kaya dengan Vutamin A ni:

Sumber haiwan (Retinol – bentuk aktif vitamin A)
- Hati ayam & hati lembu
- Telur
- Produk tenusu
- Ikan Tenggiri Batang (King Mackerel)
- Minyak hati ikan kod

Sumber tumbuhan (Beta-Karoten – pro-vitamin A yang ditukar oleh badan)
- Lobak merah
- Tembikai wangi (Cantaloupe)
- Sayuran hijau gelap: bayam, kangkung, dan brokoli 
- Ubi keledek
- Capsicum merah: bukan sahaja kaya dengan vitamin A, tetapi juga dengan vitamin C (bagus untuk imuniti), Vitamin B6 (bantu mengekalkan kesihatan badan secara menyeluruh) dan folate (penting untuk proses replikasi DNA)
- Buah berwarna oren & kuning: mangga, betik dan labu 

CarotoMix Shaklee: Supplemen Vitamin A yang Selamat & Berkesan

Vitamin A

Kalau rasa memerlukan supplemen Vitamin A sebab rasa tak dapat amalkan diet yang seimbang, CarotoMix Shaklee boleh jadi pilihan terbaik. Supplemen ni bukan sekadar bagi Vitamin A biasa, tapi ia mengandungi karotenoid semulajdi yang lebih selamat untuk badan. Karotenoid ni ialah sejenis  pro-vitamin A, yang mana badan akan tukarkan kepada Vitamin A hanya bila diperlukan. Jadi, ia lebih selamat!

Apa yang buat CarotoMix Shaklee istimewa?

1) 4 jenis karotenoid hebat
- Mengandungi beta-karoten, likopena, lutein dan alpha-karoten yang semuanya berfungsi untuk meningkatkan kesihatan mata

2) Lindungi mata & kulit
- bantu mengurangkan risiko rabun malam, mata kering, serta menjaga kulit supaya lebih sihat dan berseri

3) Antioksidan kuat
- Melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel
- Membantu mengurangkan risiko penyakit kronik termasuk kanser

4) Dari sumber semulajadi
- Mengandungi karotenoid semulajadi yang diekstrak daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan pelbagai tumbuh-tumbuhan lain 

Vitamin A

5) Lebih selamat daripada retinol sintetik
- Karotenoid dalam CarotoMix hanya akan ditukar kepada Vitamin A bila badan perlukan
- Kurang risiko toksik seperti retinol berlebihan berbanding supplemen lain

Dengan pengambilan yang konsisten, CarotoMix Shaklee bukan sahaja membantu memenuhi keperluan Vitamin A, tapi juga menyokong kesihatan keseluruhan badan. Jadi, kalau nak kesan yang lebih baik tanpa risiko berlebihan, supplemen ni memang berbaloi untuk dicuba!

Kesan Kekurangan Vitamin A

Ramai tak sedar yang kita semua boleh jadi ada masalah kurang Vitamin A, sebab simtomnya tak terus nampak. Tapi bila badan kekurangan vitamin ni dalam jangka masa panjang, kesannya boleh jadi serius. Jom tengok apa yang boleh berlaku kalau tak cukup Vitamin A dalam diet harian:

1) Penglihatan terganggu
- Rabun malam
- Susah nak nampak dalam cahaya malap
- Rasa mata cepat letih

2) Mata kering & tak selesa
- Xerophtalmia (mata jadi terlalu kering sampai boleh merosakkan kornea)
- Boleh menyebabkan buta

3) Luka lambat sembuh
- Penghasilan kolagen terganggu

4) Kulit kusam & kasar
- Kulit jadi kering, bersisik dan mudah berjerawat

5) Sistem imun lemah
- Asyik demam, selsema atau mudah kena jangkitan

6) Rambut dan kuku yang kering dan rosak
- Proses pembaikan tisu terganggu akibat kekurangan Vitamin A

Vitamin A

Bukan tu je, kalau masalah kekurangan Vitamin A dibiarkan berterusan, ia boleh membawa kesan yang lebih serius:

7) Pertumbuhan terbantut
- Vitamin A penting untuk perkembangan tulang dan tisu badan terutama pada kanak-kanak

8) Masalah kesuburan
- Vitamin A penting untuk sistem pembiakan yang sihat bagi lelaki dan wanita
- Kekurangan Vitamin A boleh meningkatkan risiko komplikasi kehamilan

9) Risiko jangkitan yang lebih teruk
- Meningkatkan risiko kematian akibat jangkitan seperti campak dan cirit-birit, terutama pada kanak-kanak

Jadi, kalau anda alami mana-mana tanda di atas, mungkin dan tiba masanya untuk lebih peka dengan pemakanan. Jangan tunggu sampai serius baru nak ambil tindakan!

Boleh Ke Saya Ambil Vitamin A yang Banyak?

Vitamin A memang penting, tapi kalau ambil berlebihan, ia boleh bagi kesan buruk pada badan. Berbeza dengan vitamin larut air (seperti Vitamin C), Vitamin A ialah sejenis vitamin larut lemak, yang bermaksud ia disimpan dalam badan dan susah nak dikeluarkan jika terlebih. Jadi, kalau ambil dalam jumlah yang terlalu tinggi, risiko kesan sampingan pun akan meningkat!

Antara tanda awal badan terlebih Vitamin A;
1) Mual dan pening
- Rasa macam mabuk naik bot
- tanda awal hipervitaminosis A (badan terlalu banyak Vitamin A)

2) Keguguran rambut
- boleh mengakibatkan kehilangan rambut dan bulu-bulu di badan termasuklah bulu kening

2) Kulit kering & menggelupas
- kulit makin kering walaupun dan pakai moisturizer
- kulit jadi kasar menggelupas dan lebih sensitif

3) Penglihatan terganggu (kabur)

3) Sakit kapada yang kuat tanpa sebab yang jelas

4) Sakit sendi & tulang
- melemahkan tulang
- meningkatkan risiko patah, terutama dalam kalangn orang tua

Kalau terlebih Vitamin A untuk jangka masa panjang, kesannya boleh jadi lebih serius:

5) Kerosakan hati
- boleh bawa kepada penyakit hati berlemak atau lebih teruk sirosis

6) Masalah pada ibu hamil
- Ibu hamil tak boleh ambil vitamin A berlebihan
- Boleh menyebabkan kecacatan janin
- Ikut dos yang disarankan oleh doktor jika ingin amalkan supplemen Vitamin A

7) Risiko osteoporosis
- Mengurangkan ketumpatan tulang
- Menjadikan tulang rapuh dan mudah patah terutamanya dalam kalangan warga emas

Jadi, walaupun Vitamin A bagus untuk kesihatan, jangan fikir “lagi banyak lagi bagus.” Jika nak amalkan supplemen, perlu periksa kandungan supplemen tersebut supaya kandungan beta-karoten tidak melebihi 20mg dan retinol tidak melebihi 10,000 IU.

CarotoMix adalah salah satu supplemen terbaik di mana ia mengandungi jumlah beta-karoten yang sangat optimum dan selamat iaitu hanya sebanyak 1.8mg. Insya Allah, jika kita ambil ikut dos yang disarankan, badan akan dapat manfaat tanpa kesan sampingan!

Akhir kata…

Vitamin A ni macam garam dalam masakan, kalau tak cukup, rasa tawar. Kalau terlebih, boleh jadi bahaya. Sebab tu penting untuk pastikan kita dapat Vitamin A dalam jumlah yang seimbang, sama ada dari sumber makanan atau supplemen yang selamat. Kalau rasa diet harian tak cukup nak cover keperluan Vitamin A, boleh try CarotoMix Shaklee, lebih selamat sebab badan cuma akan tukar karotenoid kepada Vitamin A bila perlu sahaja.

Nak jaga kesihatan mata? Boleh cuba CarotoMix. Kalau nak tahu lebih lanjut atau nak order, whatsApp je terus!

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim He...

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya...

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diper...