Skip to main content

Perkara-perkara yang boleh merosakkan kulit (PART 2)

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEROSAKKAN KULIT

11) Memakai cermin mata yang kotor
Jangan lupa untuk membersihkan cermin mata anda sepenuhnya. Bakteria yang menghinggapi cermin mata anda boleh masuk ke dalam liang-liang roma di sekitar hidung. Akibatnya, anda boleh mendapat jerawat dan kerengsaan.

12) Diet yo-yo 
Amalan diet yo-yo boleh memberikan kesan buruk pada kulit anda. Peningkatan dan pengurangan berat badan yang berulang-ulang boleh menyebabkan serat pada kulit meregang dan melonggar. Akibatnya, anda boleh mendapat tanda regangan "stretch mark" dan kulit yang kendur.

13) Tak mendapat tidur yang cukup
Mendapat tidur yang cukup (6-8 jam) akan dapat membantu anda nampak lebih segar dan kulit yang lebih baik dan lembap. Tak dapat tidur malam yang cukup boleh menyebabkan kuliut menjadi kusam dan liang-liang roma tersumbat.

14) Mengambil garam berlebihan
Mengambil garam yang berlebihan dalam pemakanan boleh menyerap segala kelembapan pada kulit, menyebabkan kulit jadi lebih kering dan kusam. Untuk mengelakkan ini daripada terjadi, kawal pengambilan garam dan amalkan pengambilan pelembap muka

15) Mengecilkan mata (squinting)
Memakai contact lens dan cermin mata yang lama akan menyebabkan anda untuk mengecilkan mata lebih kerap. Sebagai akibatnya, ia menyebabkan garis-garis halus dan kedutan di sekeliling mata anda. Untuk mengelakkan penuaan sebelum waktunya, make sure anda jumpa doktor mata anda sekali setahun.

16) Membuat waxing terlalu kerap
Sesetengah orang memang geram bila tengok ada bulu roma pada kulit. Terus rasa nak wax. Tapi, kita kena tahu yang waxing terlalu kerap boleh mengakibatkan kulit terlalu terdedah dan menyebabkan bengkakan. At least bagi masa selama 3 minggu untuk bulu roma baru tumbuh, terutamanya pada sekitar kulit yang sensitif.

17) Bahan kimia dalam air
Bukan sahaja haba daripada mandi yang lama boleh membawa kepada kulit yang kering, kepala shower kita pun boleh membuatkan kesan yang sama. Kita tahu kan yang air yang kita guna memang ada bahan-bahan penulenan untuk menapis air. Tapi ia juga boleh lama kelamaan membuatkan bahan-bahan kimia makin melekat pada kulit kita. Untuk mengelakkan ini berlaku, bolehlah beli kepala shower yang boleh menapis klorin dan elemen-elemen lain yang tak elok tu untuk jaga kulit kita daripada kering.

18) Tak menjaga bibir
Bibir kita mempunyai beberapa lapisan sel kulit. So, sangat penting untuk menjaga juga kecantikan dan kesihatan kulit bibir. Bila kita sering membiarkan kulit bibir kering, ia menyebabkan bibir kita menua dengan lebih cepat. Cari la gincu atau lip balm yang mengandungi unsur-unsur seperti glycerine yang membantu mengekalkan bibir sentiasa lembap.

19) Sarung bantal kotor
Pada waktu malam, kulit kita dapat peluang untuk berehat dan menanggalkan sel-sel mati. Sel-sel mati tersebut akan makin bertambah dan menimbun di atas sarung bantal. Akibatnya, bakteria dan toksin. Untuk mengekalkan kulit sentiasa sihat, pastikan anda menukar sarung bantal at least sekali dalam 2 minggu.

20) Kerap exfoliate kulit
Terlalu kerap exfoliate kulit boleh menanggalkan minyak yang perlu untuk mengekalkan seri semulajadi pada kulit. Hanya perlu lakukan sekali seminggu untuk mengekalkan kulit yang sihat.

bersambung....


💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole