Skip to main content

Cara-cara nak rosakkan kulit... (OH NO!!)

Assalamualaikum wbt

Saya nak share sikit dengan anda semua tentang kecantikan kulit. Kita selalu dah dengar tentang tips-tips penjagaan kulit kan? Macam-macam petua kita dah tau. Saya pun pernah sharekan sebelum ni. Tapi dalam tak sedar kita juga terdedah dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan kulit. Jom kita kenal pasti....



PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEROSAKKAN KULIT

1) Terlalu banyak terdedah dengan klorin

Kita tau kan air dalam kolam renang tu memang penuh dengan klorin. Walaupun kita dah mandi dengan air biasa, kita still boleh rasa kesat lagi pada kulit sebab klorin tak dapat dibersihkan sepenuhnya. Dan yang paling tak best, klorin tu boleh bertindak balas dengan produk-produk kulit yang kita guna. So, kena make sure kita basuh bersih-bersih badan kita lepas berendam lama dalam kolam renang gunakan sabun yang mempunyai lebih busa atau buih.

2) Tidur tanpa menanggalkan alat solek

Tidur tanpa menanggalkan alat solek boleh menyebabkan jangkitan bakteria dan liang-liang roma tersumbat. Dan lebihan-lebihan yang tertinggal pada bantal juga boleh membuatkan anda jatuh sakit. Bagi yang suka pakai alat solek, jadikan alat penanggal alat solek sebagai teman setia. Letakkan kat sebelah katil, supaya kita tak terlupa. 

3) Kopi

Kaffein adalah satu elemen yang sangat-sangat-sangat-SANGAT menyumbang kepada kulit kering dan menyerlahkan kedutan. Jagalah kulit dengan memperbanyakkan minum air. Tambahkan sedikit jus oren atau lemon untuk serlah rasa air anda. Plus, oren kan bagus dengan Vitamin C....

4) Pecahkan jerawat

Picit-picit jerawat pada kulit muka hanya akan menekankan lagi kotoran dan bakteria masuk ke dalam liang roma. Maka ia mengakibatkan lebih banyak jerawat.

5) Skip waktu makan

Skip makan boleh menyebabkan kulit menua dan mengering dengan lebih pantas dan cepat. Anda perlu untuk sentiasa kayakan makanan anda dengan Vitamin C, Vitamin B3, Vitamin E dan Vitamin A dalam diet anda untuk menjadikan kulit lebih sihat.

6) Mandi dengan air panas pada masa yang lama

Mandi air panas sekali-sekala memang best. Tapi tahukah anda yang ia akan menanggalkan lapisan epidermis yang paling luar, yang boleh menyebabkan kulit anda menjadi bersisik dan kering. Bila kulit dah mula memerah dan gatal masa tengah mandi tu, maka "udah...udah.. la tu..."

7) Terlalu banyak mencuba pelbagai produk kulit

Untuk mengelakkan kulit jadi teruk, cubalah produk kulit pada sebahagian kecil sahaja daripada kulit anda. Pilihlah bahagian kulit lengan untuk elakkan kesan alahan pada kulit muka.

8) Tak minum air yang mencukupi

Menghidrat diri kita dengan minum air yang mencukupi bukan sahaja dapat menentang penuaan, malah boleh memberikan kulit yang lebih sihat dan berseri-seri. Kurang minum air, makanya kulit pun akan mengecut dan kasar.

9) Bercakap dalam telefon

Bergayut dalam telefon boleh menyebabkan jerawat dan ruam di sekitar bahagian rahang dan pipi. Make sure anda perlu ada wipe anti-bakteria dengan anda untuk memastikan telefon dan kulit anda bersih.

10) Produk rambut yang terkena pada kulit

Kalau anda jenis yang suka mendandan rambut, masa nak guna hairspray tu, gunalah tuala yang bersih untuk tutup bahagian muka untuk melindungi kulit anda. Kalau anda suka bersenam, guna sweatband atau cekak rambut untuk mengelakkan produk rambut mengalir ke muka anda melalui peluh.


Saya akan sambung lagi nanti....



Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:


Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram :
 syida_rohim

Twitter : @SyidaRohim
Google + : +SyidaRohim
Pinterest : Syida Rohim
Contact No. : 018-3176903 (SMS/WhatsApp only)
COD : Klang, Setia Alam, Shah Alam, Petaling Jaya, Subang, Sunway, Sepang, Nilai, Labu dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran poslaju ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole