Skip to main content

Sarapan : Makanan untuk Otak yang Cerdas

Assalamualaikum wbt dan Hai Semua!

Nak tanya ni... Siapa yang boleh terus bangun bila alarm clock terus bunyi?

Saya jamin ramai yang secara tak sedar akan tekan "snooze" kan? Lepas tu tarik balik selimut, menyambung mimpi....

Lepas tu, alarm clock bunyi lagi.. Dan snooze lagi.. Sampai la jam dah nak dekat pukul 7 pagi, baru nak bangun. Lepas tu barulah kelam-kabut nak mandi. Solat Subuh pun ntah ke mana kan.. Sarapan pagi apa lah lagi....

KENAPA SARAPAN ADALAH PENTING?

Tau tak kalau kita duk teruskan habit macam tu, kita akan jadi lebih letih bila kita akan sampai di tempat kerja. Mana taknye... Kalau solat pun dah lambat, di mana datang keberkatannya hari-hari kita. Konon bila kita dapat tidur lebih, kita akan rasa lebih segar kan? Hakikatnya, kalau kita dah langgar fitrah sebagai seorang hamba Allah, memang rosaklah sistem diri kita.

Dan tentang sarapan pagi. Kalau dah bangun lambat, mesti kita berkejar-kejar nak ke ofis kan. Makanya, kita pun ter'miss' lah breakfast. Sebenarnya, sarapan pagi tu teramatlah penting untuk bagi tenaga pada kita. 

Kenapa penting? 

Sebab bila kita sarapan pagi, kita dah berikan badan kita vitamin-vitamin dan mineral-mineral yang penting yang boleh meningkatkan daya kerja kepada otak kita. Barulah kita boleh fokus. Dan senang juga nak memproses apa-apa maklumat yang kita terima sepanjang hari. Takde la blur je kan... Yela.. Macam mana tak blur kalau mata asyik kuyu, lemah semacam.. Last-last banyak tidur je...

That's why, saya nasihatkan kita setkan jam paling-paling pun pukul 6 pagi. Nak lagi bagus lagi awal. Boleh kita qiamulail, kan? Bukan ke qiamullail tu rahsia kekuatan buat hambaNya...

Then, bila alarm clock bunyi je, tak payah tekan snooze dah. Terus je bangun.. Atau pun kalau kita tau yang kita ni suka sangat tekan snooze, kita set alarm clock lebih awal. Supaya kita masih boleh bangun tidur pada waktu yang sepatutnya. Tapi jangan asyik tekan snooze sampai pukul 7 pagi pulak ye...

Insya Allah, bila kita bangun awal pagi, solat subuh pun pada awal waktu, sempat bersarapan tanpa kelam-kabut, otak kita boleh berfungsi dengan lebih baik. Allah sayang, Boss pun suka... 

Contoh sarapan yang mudah...

- Cereal dengan hirisan pisang. Pilih cereal yang rendah kandungan gula. Campurkan dengan buah-buahan untuk berikan rasa manis. 
- Scrambled egg dengan roti bakar. Telur adalah sumber protein yang bagus. Digabung pulak dengan roti bakar, insya Allah kita akan dapat nutrien yang boleh berikan kita semangat dan tenaga sepanjang pagi.

Nak sarapan yang paling simple??

- Minum je ESP. Shake kan dengan jus kegemaran anda. Insya Allah anda dah dapat sumber protein yang boleh berikan anda tenaga berpanjangan
credit : vitaminstreet

Okay ye kawan-kawan... Kita ubah habit kita hari ini jugak. Tidur awal, bangun awal, solat awal waktu, sarapan yang sihat, VOILA!!! Hari yang produktif...

Kalau anda minat dengan ESP atau Meal Shakes untuk sarapan ringkas tapi sihat dan sedap, anda boleh hubungi saya ye. Insya Allah, terbukti selamat dan semulajadi... Dan berkesan memberikan anda tenaga untuk menghadapi hari yang sibuk...

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole