Assalamualaikum wbt.
"Haih... Kenapalah badan rasa macam letih je ni..."
"Nape badan selalu rasa macam nak demam je ni..."
Ada tak selalu mengadu macam ni?
Kalau ada, kita tengok lifestyle kita. Apa yang kita buat dalam sehari?
Oh... patutlah... Kerja mengadap komputer je... Berapa lama? Hah? 3 jam terus menerus? Patutlah badan rasa lemah longlai jeeee.........
"Laa... kalau dah kerja duduk je, sepatutnya kita patut lagi bertenaga la, kan? Sebab kita tak banyak guna tenaga bergerak sana-sini...."
Okay, simple je saya nak terangkan...
Badan kita ni memang dah diciptakan untuk menjadi aktif!
Kita boleh tengok dalam al-Quran, apa matlamat kita diciptakan?
"Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah (beribadat) kepadaKu." (Surah adz-Dzariyat : 56)
"Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu." (Surah al-An'am : 165)
Nah... Dah terang, kan apa matlamat kita diciptakan? Untuk beribadat kepada Allah dan juga menjadi khalifah di muka bumi, iaitu dalam erti kata lain, adalah untuk berdakwah untuk memartabatkan islam di atas muka bumi.
Apa kena mengenanya?
Bila Allah dah menciptakan manusia untuk 2 tugasan yang sangat besar tu, dah tentu Allah juga dah ciptakan tubuh badan kita supaya bersedia untuk capai matlamat itu. Dah tentu Allah ciptakan sistem badan manusia supaya boleh bergerak aktif untuk jalankan tanggungjawab berat tu.
Kita boleh tengok sendiri sirah Rasulullah SAW, atau mana-mana Rasul sebelumnya, ada tak kita pernah dengar sirah yang mengatakan mereka hanya duduk diam. Banyak yang kita dengar, sejak kecil lagi Rasulullah SAW dah dididik dengan menggembala kambing, kan? Sejak kecil lagi dah dididik untuk bekerja kuat. Betul tak?
Itulah fitrah manusia... Bergerak aktif!
Apa jadi kalau kita melawan fitrah ni?
Hospital lah jawabnya...!!
Maksudnya, kita akan berisiko besar untuk termasuk dalam golongan mereka yang menghidapi masalah-masalah kronik, macam penyakit kardiovaskular, diabetes jenis 2 dan kanser.
Based on statistik Kementerian Kesihatan, penyakit jantung dah jadi punca no. 1 kematian di Malaysia ni, yang merangkumi 165% kematian di hospital sepanjang 2008. Dan dianggarkan dalam 23 juta penduduk akan mati disebabkan oleh penyakit jantung menjelang tahun 2030. MENAKUTKAN....
Ada banyak sebab yang boleh membuatkan seseorang tu menghidap penyakit-penyakit kronik ni. Tapi salah satu daripada penyebab utamanya adalah kehidupan yang tak aktif. Contohnya, asyik duduk main game sampai berjam-jam. Sambung pulak tengok facebook. Sambung balik duduk kat sofa tengok TV sampai malam.
Bukannya tak kasi duduk depan komputer atau tv langsung. Tapi agak-agak lah. Kalau sampai 5 jam duduk tak gerak-gerak, tu sudah lebih la kan. Even di tempat kerja pun, research dah tunjukkan yang pekerja-pekerja digalakkan untuk bangun dan buat kerja lain, atau buat stretching lepas 40-60 minit duduk depan komputer. Kalau tak, tu yang datangnya sakit leher la, sakit belakang la...
Ingat ye.. Allah dah memang ciptakan kita untuk sentiasa bergerak. Kalau kita tolak nikmat Allah yang satu ni, maka jangan merungut kalau Allah tarik balik anugerah Allah ni. It's either you use it, or lose it. You choose!
Bagaimana nak mulakan?
🏂 First sekali, bangun dari tempat duduk anda, sekarang jugak!! Cuba stretching-stretching sikit... Lari-lari setempat.... Buat sekarang tau....
🏂 Lepas tu buat planning...
- Bila masa yang sesuai? Pukul berapa?
- Senaman apa yang paling sesuai untuk diri anda?
🏂 Lakukan senaman secara konsisten. Berikan aktiviti untuk otot anda, termasuk otot jantung. Itu yang paling penting.
🏂 Dan jangan memaksa diri untuk terus lakukan senaman yang berat. Tahu dengan kemampuan diri. Berjalan kaki ke kedai itu pun boleh dijadikan aktiviti. Asalkan anda bergerak. Kemudian barulah cabar diri anda untuk lakukan aktiviti senaman yang lebih berat...
Insya Allah, percayalah cakap saya, badan anda akan rasa lebih cergas dan sihat....
Jangan dilupakan pula fitrah manusia yang utama tu ye... Jadi HAMBA ALLAH YANG BERTAQWA, DAN BERDAKWAH KE JALAN ALLAH....
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma atau ingin menjana pendapatan melalui Shaklee, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : syida_rohim
Twitter : @SyidaRohim
Google + : +SyidaRohim
Pinterest : Syida Rohim
Email : hanaziq7@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (SMS/WhatsApp only)
COD : Klang, Setia Alam, Shah Alam, Petaling Jaya, Subang, Sunway, Sepang, Nilai, Labu dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran poslaju ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment