Skip to main content

Penting Dapatkan Vitamin B-Complex Yang Lengkap ~Kepentingan Vit B6~

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

Sebagai mana yang anda semua dah tahu (atau yang tak tahu lagi meh saya nak bagitau), B-Complex Shaklee adalah Vitamin B-Complex yang paling lengkap sebab ia mengandungi kesemua jenis Vitamin B (ada 8 jenis Vitamin B, termasuk asid folik).


Kenapa perlu untuk ada kesemua jenis Vitamin B ni?

Tahukah anda, setiap jenis Vitamin B ni mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dan mempunyai peranan yang penting untuk kesihatan badan kita. Malah, ada jenis Vitamin B yang perlu bergandingan dengan jenis Vitamin B yang lain supaya fungsinya lebih berkesan. 

Tapi harini saya nak cerita pasal satu jenis Vitamin B je, which is Vitamin B6 atau nama 'bombastic'nya : Pyridoxine.

Vitamin B6 penting untuk membina protein dan neurotransmitter, iaitu sejenis bahan kimia yang menghantar isyarat antara sel-sel otak. Vitamin B6 juga penting untuk membina hormon.

Satu kajian di American Journal of Clinical Nutrition, menunjukkan walaupun subjek-subjek kajian telah mengambil kuantiti vitamin yang telah dicadangkan (RDA), "sebilangan besar daripada populasi subgroup" tak mendapat status paras Vitamin B6 yang cukup. Kumpulan ini termasuklah :
  • Wanita yang masih dalam usia reproduktif, terutamanya yang sedang atau pernah mengambil pil perancang
  • lelaki yang merokok; dan 
  • mereka yang berusia 65 tahun ke atas.

Penyelidik juga menemui hampir 1 daripada 4 orang yang tak ambil apa-apa supplemen nutrisi mempunyai paras Vitamin B6 dalam darah lebih rendah daripada yang paras yang 'acceptable'.

"The question our study raises is whether, due to aging, genetics, or exposure [to oral contraceptives], some population subgroups need supplements to achieve the current biochemical definition of adequate status."

Yep.. Dah tentu!

Untuk wanita dalam fasa pre-menopos pulak, penyelidik menjumpai 75% wanita yang menggunakan pil perancang tapi tak ambil supplemen Vitamin B6 mengalami kekurangan nutrien tersebut. 


Sejak lebih daripada 25 tahun yang lalu, pil perancang dah dikenal pasti boleh menyebabkan kekurangan Vitamin B6 dan diikuti pula dengan masalah kemurungan. Mungkin dalam masa 25 tahun akan datang, para doktor akan mencadangkan wanita yang mengambil pil perancang untuk mengambil Vitamin B6 jugak. Atau nak lagi bagus, kalau anda memang dah tau anda ambil pil perancang, tak payah tunggu lagi, terus amalkan supplemen vitamin B6.

Sumber makanan Vitamin B6 yang bagus termasuklah bijirin penuh, legume, pisang, kekacang, kentang, kobis brussel dan kobis bunga


Tak payah cakap banyak lagi, saya cadangkan semua antara kita untuk tambahkan juga supplemen Vitamin B6 dalam diet untuk menjamin kesihatan yang lebih baik. Bukan sekadar cukup-cukup je, malah paras nutrien ini yang optimum.

Kajian terkini menunjukkan bahawa Vitamin B6 boleh membantu menghalang atau merawat
  • Carpal tunnel syndrome
  • Retensi air
  • Macular degeneration
  • Morning sickness
  • Berat badan yang berlebihan
  • Parkinson 
  • Tardive dyskinesia

Mencegah itu dah tentu lebih baik daripada mengubati. Jagalah kesihatan diri anda dan keluarga kerana ia adalah satu nikmat yang amat-amat berharga.

Nanti saya nak cerita lebih detail pasal kepentingan Vitamin B lain pulak.

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole