Skip to main content

Makanan Yang Boleh Buatkan Kita HAPPY!!

Assalamualaikum wbt.

Haih.. Kenapa monyok je ni?

Tak maulah macam tu. Kalau kita muka monyok-monyok, rezeki pun monyok je tau nak masuk. Nak tak nak je datang kat kita nanti.

Jom, kita cari jalan macam mana nak naikkan balik mood kita. Okay?



Siapa yang kat sini tak suka makan? 

Komfem takde siapa yang mengaku. Rugilah siapa yang tak suka makan tu. Buat apa lapar-lapar, kan. Perut kenyang hati pun senang, kan?

Lagi satu, daripada makanan la kita akan dapat nutrisi-nutrisi penting untuk kesihatan badan kita. Dann.... Perasan tak kadang-kadang bila kita stress-stress tu kita asyik rasa nak makan je, betul tak? Macam la dengan makan tu boleh buat mood kita baik balik..

Memang boleh... 


Tapi kalau kita tengah stress selalu kita pilih makan apa? Cikedis? Kerepek?

K
alau nak tahu, sebenarnya ada banyak makanan yang lebih sihat yang boleh kita makan untuk perbaiki mood kita tu kalau nak dibandingkan dengan jajan-jajan yang tak sihat tu.  


APA KAITAN MAKANAN DENGAN RASA HAPPY?

Okeh, meh saya cerita.

Pernah dengar perkataan endorphin


Kalau yang tak pernah dengar, saya terangkan...
Endorphin adalah antara bahan kimia semulajadi yang dihasilkan oleh badan kita dan boleh memperbaiki mood kita. Ia dihasilkan melalui penguraian makanan yang kita ambil. So, untuk tingkatkan endorphin dalam otak kita ni, kita kenalah amalkan makanan yang mengandungi nutrien yang boleh hasilkan endorphin.


Seseorang tu boleh mengalami masalah murung disebabkan paras endorphin yang rendah. Kekurangan endorphin pulak boleh disebabkan oleh kekurangan sesetengah vitamin dan mineral, seperti Vitamin B, Vitamin C, zat besi, potassium dan Zinc. So, kalau nak elakkan "mood swing", kena ambil makanan yang kaya dengan nutrien-nutrien ni. 


Antaranya adalah:

 
CHOCOLATE
Dalam coklat ni sejenis unsur yang boleh hasilkan endorphin. Kalau anda memang suka makan coklat, mesti anda perasan kan, kalau kita makan coklat je, kita senang untuk jadi lebih alert, dan kita pun jadi happy semacam je.

Ini sebab dalam coklat ni ada kuantiti phenol yang sangat tinggi. Phenol ni adalah sejenis antioksida yang boleh merangsang mood. Tapi, kena jaga-jaga ye. Sebab dalam coklat ni pun ada kandungan lemak dan gula yang banyak jugak. So, kalori pun tinggi la. Kandungan gula yang tinggi ni boleh sebabkan paras gula dalam darah kita akan naik dengan sangat cepat. Sebab tu kita cepat je rasa bertenaga. Tapi, jangan terkejut kalau kita pun senang je nak rasa lembik balik. Sebab nilai GI coklat adalah tinggi.

So, kalau nak ambil coklat, tolong jangan ambil selalu ye...



STRAWBERRY

Kaya dengan Vitamin C yang boleh membantu untuk menghasilkan endorphin, juga membantu badan kita menyerap zat besi. Sumber potassium yang bagus dalam membantu untuk menjana impuls saraf. Flavonoid yang berikan warna merah pada starwberry  ni boleh bantu mengubah mood kita supaya boleh jadi lebih baik.




Strawberry memang agak manis, tapi ia disebabkan gula semulajadinya. Ia bebas kanji dan mengandungi sedikit serat. Flavonoid, sejenis antikoksida yang sangat kuat, membantu badan untuk buang toksin yang merbahaya.

AIS KRIM
Kebanyakan aiskrim ada sumber vitamin A, vitamin B, kalsium dan protein daripada susu.

Tapi malangnya selalu aiskrim yang sedap-sedap ni ada kandungan lemak dan gula yang tinggi. So, kalau nak makan, jangan terlalu kerap ye. Nanti bukan happy dah, mandi air mata nanti dapat sakit lain. Huhuhu... kalau nak yang sihat sikit, mungkin boleh ambil frozen yogurt sebab kandungan lemaknya rendah sikit.


PASTA
Sumber protein tanpa lemak yang bagus. Sumber karbohidrat kompleks yang baik jugak dan boleh bagi kita rasa kenyang lebih lama dan melepaskan tenaga ke badan kita secara perlahan. Sebab Nilai GI pasta adalah rendah. Protein dalam pasta ada 2 jenis asid amino yang boleh hasilkan endorphin. Ada kajian yang menunjukkan yang kekurangan protein ni boleh sebabkan seseorang tu jadi murung.

Lagi satu sebab kenapa pasta ni bagus sebab pasta ni mengandungi serat dan kandungan Vitamin B yang tinggi. Terutamanya untuk pasta wholemeal.


FRENCH BREAD
French bread pun salah satu sumber tenaga yang bagus. Roti perancis ni ada Vitamin B-Complex. Kalau makan roti ni suam-suam, cicah pulak dalam sup, memang sangat sedap. My choice of comfort food.   

Roti yang jenis wholemeal ni juga boleh membekalkan sumber serat dan kalsium. Tapi, since roti ni selalunya ada kandungan garam yang tinggi, kena kawal sikit la pengambilannya ye. 


PISANG
Pisang memang kaya dengan potassium yang penting untuk fungsi saraf. Gula semulajadi dalam pisang akan dilepaskan dengan cepat ke dalam aliran darah, membuatkan kita akan rasa bertenaga. Ia juga boleh elakkan kita daripada alami 'mood swing'.  

Pisang ni boleh dijadikan snack yang bagus la. Sebab ada serat dan juga aktiviti antibiotik yang boleh kuatkan lapisan perut menentang asid. Untuk yang selalu kena gastrik, boleh makan pisang.


ANGGUR
Kandungan Vitamin C yang tinggi yang boleh hasilkan endorphin. Juga kaya dengan gula semulajadi untuk hasilkan tenaga.

Anggur pun sumber potassium yang bagus jugak. Warna merah dan hitam pada anggur ni disebabkan oleh polifenol, iaitu sumber antioksida yang kuat dan boleh bantu lindungi kita daripada kanser dan penyakit jantung.


OREN
Kaya dengan Vitamin C yang boleh hasilkan endorphin. Juga mengandungi Vitamin B dan flavonoid.

Buah oren pun adalah salah satu sumber antioksida yang sangat bagus


KEKACANG
Kaya dengan Vitamin B, protein dan selenium, yang telah dibuktikan boleh mendatangkan mood yang positif. Kacang jugak boleh jadi sumber protein yang ok untuk mereka yang amalkan diet vegetarian.

Kacang-kacang ni tinggi dengan lemak dan kalori. Tapi jangan risau sangat, lemak pada kacang ni bukan jenis tepu, so tak ada kolestrol. So, kacang boleh jadi sumber lemak yang baik jugak la untuk diet kita. 


Kacang juga boleh jadi sumber antioksida yang baik untuk kesihatan jantung. Ada yang mengatakan dengan ambil lebih kurang 1 oz kacang dalam sehari boleh bantu untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental kita.

Badam, pecan dan walnut adalah antara jenis kacang yang ada kalsium yang boleh bantu mengimbangi hormon wanita. Boleh juga untuk kurangkan rasa bimbang, murung, baran dan pelupa. Ada juga kajian yang mengaitkan kacang ni dengan paras serotonin yang tinggi, yang boleh buatkan kita rasa lebih tenang dan happy.

KALE
Orang-orang yang jaga kesihatan memang suka la makan sayur ni. Sayur kale memang kaya dengan phytonutrien, iaitu sejenis molekul tumbuhan yang boleh bantu fungsi otak kita. Ia juga kaya dengan asid folik, yang selalunya diambil untuk hadapi masalah kemurungan.

Just nak bagi cadangan la. Sayur kale ni bukan boleh dibuat sayur salad je tau. Anda even boleh goreng sikit-sikit jadikan macam keropok-kerepek tu. Kalau yang tengah diet, bagus jadikan smoothie. Saya pernah cuba sekali. Boleh tahan la...

SEAFOOD
Bila kata seafood, tak semestinya ikan je. Banyak lagi pilihan seafood yang kita boleh amalkan. Contohnya kupang, kepah atau tiram. 

Makanan seafood ni bagus untuk otak sebab ada Omega-3. Omega-3 memang bagus jugak untuk fungsi badan kita, juga boleh mendatangkan rasa 'happy'. Selain Omega-3, ikan juga ada vitamin B-12, iodin, selenium dan DHEA yang penting untuk otak yang sihat dan mewujudkan rasa 'happy'!! 

TELUR
Memang telur ada kolestrol. Tapi, telur juga boleh jadi salah satu alternatif sarapan yang baik. 

Telur boleh bekalkan kita dengan vitamin B12, asid folik, protein dan lemak yang sihat. Nutrien-nutrien ni sangat penting untuk fungsi otak kita. Telur kuning yang kaya dengan karotenoid, banyak dikaitkan dengan sifat optimistik. 



------------------------------------

Selain amalkan pengambilan makanan ni, boleh jugak nak mantapkan atau lengkapkan nutrien-nutrien penting untuk perbaiki mood kita ni dengan 'MOOD ENHANCEMENT SET' ni... 

Tapi, perlu sekali lagi saya nak ingatkan, supplemen hanya sebagai pelengkap, bukan untuk menggantikan makanan sebenar. Saya cadangkan set ni kalau-kalau anda dah tak mampu atau tak sempat nak siapkan makanan yang saya cadangkan di atas.

Dan set ini juga hanyalah set cadangan. Tak semestinya anda perlu ambil keseleruhan set. Set ini saya combinekan sebab ia mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk perbaiki mood kita. Nak lebih mudah, better anda hubungi saya supaya saya boleh advise secara personal mengikut keperluan anda...  ^_^


Akhir kata, senyum-senyum selalu. 




** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:


Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : syida_rohim
Twitter : @SyidaRohim
Google + : +SyidaRohim
Pinterest : Syida Rohim
Contact No. : 018-3176903 (SMS/WhatsApp only)
COD : Klang, Setia Alam, Shah Alam, Petaling Jaya, Subang, Sunway, Sepang, Nilai, Labu dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran poslaju ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole