Skip to main content

Resepi - One Pot Chili Pasta

Assalamualaikum wbt. 

Malam tadi saya try satu resepi pasta yang saya dapat daripada internet. Tak semua bahan available kat rumah ni. So, saya pun olah-olah la ikut citarasa saya sendiri.  

Ini dia… 


ONE POT CHILI PASTA 





Bahan-bahannya (untuk 2-3 orang): 
2 genggam daging cincang 
1/4 biji bawang besar (Holland saiz besar), potong dadu 
2 ulas bawang putih, cincang 
Sedikit minyak zaitun 
Sedikit kiub ayam (pandai-pandailah bajet sendiri. Jangan masuk satu kiub pulak. Banyak sodium tu) 
2/3 botol sos pasta traditional (guna jenama Kimball je) 
½ biji tomato (potong dadu – nak sebiji pun boleh. Terpulang) 
Hirisan cili merah (ikut kepedasan yang kita suka. tapi kalau nak lagi kurang pedas, gantikan dengan capsicum) 
3 genggam penuh macaroni (tak perlu rebus) 
1 sudu kecil chilli flakes 
sedikit jintan manis (tumbuk) 
Cheddar cheese, parut 
Garam 
Black pepper 
Parsley 

Cara-caranya pulak: 
- Panaskan minyak zaitun. Kemudian masukkan daging cincang dan bawang-bawang tadi. Kacau-kacaukan supaya daging tu jadi betul-betul hancur. 
- Bila daging dah jadi warna keperangan, boleh masukkan garam dan black pepper. 
- Masukkan kiub ayam, sedikit air, sos pasta, tomato, cili, chilli flakes dan jintan manis tadi. Kacau je semua tu. Senang, kan? 
- Bila dah nampak menggelegak sikit, masukkan makaroni. 
 - Tambahkan air secukupnya untuk kita masakkan macaroni tu. Jangan lupa kecilkan api. Tunggu la dalam 15 minit ke, atau sehingga macaroni jadi lembut yang sedap nak dimakan. (kena selalu check jugak.) 
- Nak bagi cepat sikit masak, dan tak nak selalu kena tambah air, tutup periuk tu. 
- Bila pasta dah lembut, terus tutup api. 
- Cheese bila nak guna? Time ni la… Kalau kita memang terus makan panas-panas tu, terus sendukkan ke pinggan masing-masing. Lepas terus tabur cheese. Be generous. Letak banyak pun tak pe. Kalau boleh biar sampai menutupi semua permukaan atas pasta tu. Kalau suka cheese la. Saya suka amat… heheheh… Lepas tu tabur sedikit parsley jugak. 
- Kalau rasa nak makan lambat sikit, lepas tutup api tu, terus tabur cheese dan parsley kat dalam periuk tu jugak. Anda bakal menyaksikan cheese tu mencair… Tak perlu gaul. bior je… 
- Lepas tu, ngap la… Apa lagi… 

Kenapa pasta tak nak rebus dulu? 

Sebab nama pun ONE POT PASTA. So, keseluruhan proses ni memang sekali harung masak je guna satu periuk. Tak payah nak guna satu periuk untuk rebus, satu periuk untuk masak sos. 

Plus, bila masak macam ni, seluruh flavour sos tu akan menyerap masuk dalam pasta. So, lagi flavourful la… 

Sementara nak tunggu pasta masak tu, bolehlah buat kerja lain. Macam saya malam tadi, boleh siap mandikan anak dan solat Maghrib terus. Pergi dapur, pasta dah masak dah.

Masak ni sangat senang. Sebab sebenarnya 4 proses je. 
1 – daging dan bawang 
2 - bahan-bahan lain 
3 - pasta 
4 - keju n parsley 

Memandangkan nama resepi pun one pot CHILI pasta, so, memang ada rasa sedikit pedas. Kalau anak anda tak makan pedas, pandai-pandai lah kurangkan amount cili yang digunakan. Atau buatlah asing… hehhehe… 

Kalau nak tambah mixed vege pun boleh. Letak je yang frozen terus dalam proses ke-3 tu. Nanti akan melembut dan masak sekali dengan pasta. 


Okay, selamat mencuba!!
** Jangan lupa makan lecithin dan omega guard lepas tu, k? Banyak kalori ni. Sekali sekala boleh la...


Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:


Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : syida_rohim
Twitter : @SyidaRohim
Google + : +SyidaRohim
Pinterest : Syida Rohim
Contact No. : 018-3176903 (SMS/WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya. Juga di Meru (Klang)
Penghantaran poslaju ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole