Assalamualaikum wbt
Pagi ni saya nak share sikit sesi tadabbur ayat al-Quran malam tadi.
“Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan padanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Mahakaya lagi Mahaterpuji." (QS. Al-Baqarah: 267)
Sangat terkesan dengan ayat ni.
"Infaqkan yang baik-baik, jangan memilih yang buruk-buruk..."
Cuba kita muhasabah kembali, selama ni bagaimana akhlaq kita sewaktu bersedeqah? Adakah kita di antara yang hanya memilih duit yang paling kecil untuk disedeqahkan?
Banyak juga saya dengar cerita sewaktu sukarelawan-sukarelawan yang bertugas untuk mengasingkan pakaian yang didermakan untuk mangsa banjir. Macam-macam jenis. Sangat tak patut bila apa yang banyak mereka jumpa adalah pakaian yang kotor, yang koyak, yang banyak bulu kucing, dan sebagainya.
Itukah akhlaq kita sewaktu memberi hadiah?
Itu cerita sedekah harta.
Sedangkan yang itupun kita mesti bagi yang baik-baik sahaja.
Bagaimana dengan infaq masa kita pada Allah? Solat kita?
Adakah kita sentiasa dahulukan Allah, atau pun kita memilih untuk solat hanya pada sisa-sisa waktu sahaja?
Seorang sister pernah bercerita yang dia tertinggal solat berjemaah hanya kerana ingin habiskan basuh pinggan yang lagi seketul-dua tu.
Dan ditanya, "Enti tahu tak, kenapa enti tertinggal solat jemaah? Sebab enti rasa pinggan tu lebih penting daripada solat."
Ya Allah.... Rasa macam jantung berhenti berdegup kejap terdengar ayat tu.
Macam tu sekali kita letakkan darjat solat dalam hati kita.
Insya Allah, mudah-mudahan kita boleh ambil iktibar daripada tadabbur ringkas ini.
Selamat bermuhasabah.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : syida_rohim
Twitter : @SyidaRohim
Google + : +SyidaRohim
Pinterest : Syida Rohim
Email : hanaziq7@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (SMS/WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya. Juga di Meru (Klang)
Penghantaran poslaju ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment