Skip to main content

Cara Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi (Tips Musim Raya)

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi

Ramai sebenarnya sedang mencari cara turunkan kolesterol secara semulajadi, lebih-lebih lagi bila tiba musim raya yang penuh dengan makanan berlemak, bersantan dan tinggi kolesterol seperti rendang dan lemang. Almaklumlah, dah nama musim raya, memang susah nak elak…

Pagi-pagi dah start dengan lemang, rendang, kuah kacang.

Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi

Petang pulak pergi ziarah rumah saudara-mara dan kawan-kawan, makan-makan lagi.
Malam sambung lagi... lagi... dan lagi...

“Alah setahun sekali je…” 😅

Memang seronok, memang nikmat, memang ini yang dinanti-natikan setiap kali menjelang hari raya.
Tapi dalam diam, ada satu benda yang mungkin ramai antara kita yang tak perasan, atau pun buat-buat lupa...

Kolesterol kita apa khabar?
Entah-entah, kolesterol kita pun mungkin tengah “naik senyap-senyap”. Aduuuiiii... Naya!

Lebih merisaukan, sedar tak kebanyakan hidangan-hidangan hari raya ni:
✔️ tinggi lemak tepu
✔️ banyak minyak
✔️ santan pekat

And yes... ini memang boleh menyumbang kepada peningkatan paras kolesterol, terutamanya kalau ambil secara berlebihan dan berterusan. Sebab itu, penting untuk kita tahu cara kawal kolesterol secara semulajadi sebelum ia menjadi lebih serius.

Sebenarnya, isu kolesterol tinggi ni bukanlah satu isu yang kecil.

Kolesterol Tinggi di Malaysia: Fakta & Kepentingan Kawal Kolesterol


Di Malaysia sendiri, ramai yang dah ada masalah paras kolesterol yang tinggi

"...berdasarkan Kaji Selidik Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan, 33.3 peratus orang dewasa di Malaysia atau 7.6 juta yang berumur 18 dan ke atas, menderita penyakit kolesterol tinggi." (Sumber: IJN)

Ini menunjukkan masalah kolesterol tinggi di Malaysia semakin membimbangkan dan ramai mencari cara turunkan kolesterol secara semulajadi untuk mengawalnya.


Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi

Dan yang lebih bahaya lagi, ramai tak sedar pun yang mereka ada masalah ni...

Sebab apa?
Kolesterol tinggi selalunya tiada simptom awal!

Pada awalnya, kita rasa sihat je… tapi rupa-rupanya dalam tubuh badan kita, salur darah mungkin dah mula “tersumbat” secara perlahan-lahan. Takut!!

Bukanlah nak kata tak boleh makan rendang atau lemang langsung.
Boleh… tapi kena berpada-pada 😊

Yang penting, kita kena balance balik dengan gaya hidup yang lebih sihat.

Cara Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi

(Tips Mudah Yang Boleh Kita Mulakan Hari Ini)

1. Jaga diet harian

Antara cara turunkan kolesterol secara semulajadi yang paling mudah ialah dengan jaga pemakanan harian.

Antara cara kawal kolesterol yang paling penting ialah dengan mengurangkan makanan bergoreng, berlemak tepu & makanan proses.
Kalau boleh, pilih cara atau teknik masakan yang lebih sihat seperti rebus, kukus atau grill.


2. Tambah serat dalam diet

Cara Turunkan Kolesterol

Serat dapat bantu mengurangkan penyerapan kolesterol dalam badan.

Contoh serat yang mudah:

- Oat
- Roti wholemeal/wholewheat
- Sayur-sayuran (cth: brokoli, kobis, bayam, dll)
- Buah-buahan (cth: epal, strawberry, jagung, dll.)

Simple, tapi insya Allah sangat membantu.


3. Kekal aktif

Cara Turunkan Kolesterol

Bila orang kata aktif, mesti terbayangkan kena pergi gym, kan? Tak semestinya. Pilihlah satu jenis senaman atau sukan yang kita rasa fun dan enjoy untuk buat. Dan konsisten. Tak perlu pun pilih jenis workout yang berat-berat kalau kita tak suka.

Paling-paling pun, at least cukup dengan:

- Jalan kaki 20–30 minit sehari
- Buat apa-apa aktiviti ringan yang keluarkan peluh, seperti berkebun atau mengemop lantai

Kata kuncinya, kena bergerak. Jangan terlalu lama duduk. 
Cuba konsisten untuk bergerak aktif paling kurang 3-4 hari seminggu.
Aktiviti fizikal ni sebenarnya salah satu cara turunkan kolesterol tinggi yang paling berkesan jika dibuat secara konsisten.


4. Support dengan supplemen yang sesuai

Kita kena akui, ada masanya, bergantung kepada pemakanan sahaja semata-mata tak cukup, especially kalau lifestyle kita yang agak sibuk.

Beberapa kajian menunjukkan nutrien seperti omega-3 boleh membantu menyokong kesihatan jantung dan mengawal lemak dalam darah.

Peranan Supplement Dalam Membantu Kawal Kolesterol


Antara supplemen yang boleh membantu menstabilkan paras kolesterol adalah:

Omega-3 
→ bantu turunkan triglyceride 
→ sokong kesihatan jantung
→ Contoh: Omega Guard

Plant sterols & stanols 
→ bantu halang penyerapan kolesterol dalam badan
→ Contoh: Phytocol-ST

Cara Turunkan Kolesterol

Insya Allah, ini boleh menjadi support tambahan dalam membantu untuk mengawal paras kolesterol secara semulajadi.


Akhir kata...

Nak makan tu boleh…
Raya kan setahun sekali 💛

Tapi dalam kita seronok-seronok beraya, jangan lupa jaga badan sendiri juga.

Kesihatan badan kita ni bukannya datang sekali jadi je... tapi ia adalah hasil daripada apa yang kita buat dan usahakan setiap hari. Apa-apa pun, yang penting dalam usaha cara turunkan kolesterol secara semulajadi ini adalah konsistensi dan disiplin dalam jaga gaya hidup.

Sebenarnya, banyak cara untuk kawal kolesterol secara semulajadi yang boleh kita amalkan tanpa perlu perubahan drastik. Mulakan dengan langkah kecil. Baby steps orang kampung panggil...
kurangkan sikit-sikit, tambah yang baik-baik, dan kekal istiqamah.

Tips turunkan kolesterol tinggi ni, walaupun nampak simple, tapi kalau konsisten, memang boleh beri kesan yang positif dalam jangka masa panjang, insya Allah.

Kalau korang tengah cari cara nak jaga kolesterol secara semulajadi,
atau nak tahu supplemen apa yang sesuai dengan keadaan badan masing-masing,
boleh je whatsApp saya 😊
InsyaAllah saya bantu guide ikut keperluan. 


💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Shaklee
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim He...

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya...

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diper...