Skip to main content

Kek Frozen dan Coklat untuk Anak-anak

Assalamualaikum wbt

Harini saya nak share lain sikit daripada yang biasa.

Hujung bulan Mei lepas adalah birthday anak perempuan saya yang ke 4 tahun. Bila dah masuk 4 tahun ni, dia dah mula pandai ada permintaan... hihihi...

Saya memang suka buat kek birthday anak-anak sendiri. Saya memang suka baking-baking ni. Tapi bukanlah pandai sangat nak decorate-decorate... Tapi guna kaedah cubajaya je la... Hahahah...

So, saya saja je la tanya anak perempuan manja saya tu, "Birthday adik dah nak dekat, adik nak kek apa?"

"FROZEN!!!"

Amboi... pandai pulak nak mintak tema-tema... Ingat nak tanya flavour je... hahahah....

Oh... by the way, birthday abangnya pula adalah 3 hari selepasnya. So, saya memang plan nak sekalikan je birthday budak-budak ni. Tapi, macam tak fair pulak nak kalau nak guna satu tema Frozen je, macam tak sesuai la pulak untuk si bujang ni kan... (Padahal dia reti makan je... Tak kisah pun tema-tema ni... hahhaha)

Lepas tu terfikir, eh... why not buat dua tema guna satu kek?

So pun search-search la kat google... Then, dapat la idea nak buat kek macam mana...

FROZEN & CHOC CANDY THEMED CAKE

Saya guna dua flavour utk kek ni.
Utk kek Frozen saya buat Victoria Sandwich Cake, sebab si adik ni memang minta kek strawberry (lepas dicucuk-cucuk oleh abinya juga... hahahah)
Dan untuk si bujang, saya buat kek flavour lemon-blueberry...

Sini saya ada sharekan macam mana proses saya buat kek birthday anak-anak saya ni... Kalau nak resepi pun, saya sharekan sekali di video tersebut

Selamat menonton ya... Oh, jangan lupa like dan subscribe ye... :)



Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:


Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
Twitter : @SyidaRohim
Pinterest : Syida Rohim
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole