Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Sekarang ni, rata-rata kita dengar ramai orang mula mengeluh bila banyak harga barang semakin meningkat. Ini banyak berlaku terutamanya selepas dunia dilanda pandemik Covid-19. Mengikut statistik yang disediakan di Portal Rasmi Kementerian Ekonomi , ditunjukkan purata perbelanjaan bulanan isi rumah kasar pada tahun 2019 adalah sebanyak RM 4,534, manakala pendapatan bulanan bagi golongan B40 dan M40 adalah sebanyak RM 3,152 dan RM 7,348 masing-masing. Ini adalah statistik sebelum zaman pandemik lagi, yang pastinya menjadikan perbelanjaan bulanan adalah semakin meningkat. Ini juga menunjukkan semakin perlunya rakyat Malaysia mencari sumber-sumber pendapatan lain bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang. Alhamdulillah, dengan adanya teknologi yang semakin canggih, dengan adanya smartphone , semua orang mampu untuk menjana pendapatan sampingan dengan membuat bisnes online. Kelebihan Bisnes Online dengan Shaklee Saya bermula bi...