Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Setiap ibu pasti ingin berikan yang terbaik buat anak-anaknya. Betapa penyayangnya seorang ibu itu, mereka sentiasa ingin berikan yang terbaik sejak anak-anak dalam alam rahim lagi. Sejak anak masih dalam kandungan, ibu dah fikir, apa perlu makan, apa tak perlu makan, apa boleh buat, apa tak boleh buat; semata-mata untuk memastikan anak dalam kandungan akan sentiasa sihat sehinggalah saat dilahirkan ke dunia.
Dan ketahuilah anak yang sihat semasa dalam kandungan, insya Allah akan mempunyai kualiti kesihatan yang lebih baik semasa mereka membesar nanti.
Keperluan Wanita Mengandung
Keperluan wanita mengandung sememangnya akan berbeza berbanding sebelum mengandung. Ini kerana apabila seorang wanita sedang mengandung, kita akan mengalami perbezaan pada badan kita secara fizikal luaran, mahupun dalaman. Wanita mengandung juga akan mengalami pelbagai simtom yang berbeza-beza, yang memerlukan perhatian yang lebih supaya kita mendapat pengalaman kehamilan yang lebih smooth dan lancar.
Nilai Kalori Makanan
Biasa tak dengar orang cakap wanita mengandung ni kena makan untuk dua orang? Betul ke?
Well, jawapannya Ya dan Tidak. Ya, sebab memang wanita mengandung memerlukan lebih kalori berbanding biasa, sebab mereka memerlukan tenaga dan nutrien yang lebih banyak semasa mengandung. Tapi, itu tak bermakna wanita mengandung boleh makan dua kali ganda daripada jumlah yang biasa dimakan! Cukuplah tambahkan dalam 200-300 kcal sahaja daripada nilai kalori yang biasa dimakan sebelum hamil.
Cukupkan dan pelbagaikan jenis makronutrien dalam pemakanan
Wanita mengandung amat digalakkan untuk mempelbagaikan jenis makanan untuk mendapatkan kesemua jenis nutrisi.
Contoh komponen makanan yang bagus diamalkan adalah seperti:
- buah-buahan dan sayur-sayuran segar dari pelbagai jenis dan warna
- Karbohidrat yang sihat seperti nasi, rolled oats, roti wholemeal dan juga whole grain cereal
- Protein rendah lemak seperti ayam bahagian dada dan daging merah bahagian sirloin
- Protein tumbuhan seperti kacang soya, tempeh dan tauhu.
- Produk tenusu seperti susu, keju keras seperti cheddar, dan yogurt.
Pada masa yang sama, wanita mengandung juga dinasihatkan untuk berjaga-jaga dalam pengambilan ikan, khususnya jenis-jenis ikan yang diketahui mudah tercemar dengan unsur mercury seperti ikan pari, ikan tenggiri papan dan tuna.
Supplemen Nutrisi
Walaupun wanita mengandung boleh mendapatkan pelbagai vitamin dan mineral daripada makanan seharian, tetapi ada nutrien tertentu yang perlu diberikan supplemen tambahan seperti zat besi dan asid folik. Ini kerana semasa kehamilan, badan perlu membina lebih banyak sel darah merah yang memerlukan extra zat besi. Asid folik pula penting kerana ia diperlukan bagi membina tiub saraf bayi.
Oleh kerana itu, wanita mengandung disarankan untuk mengamalkan supplemen zat besi dan asid folik seperti Vita-Lize dan B-Complex bagi mengatasi kekurangan nutrien ini.
Air yang Cukup
Wanita mengandung memerlukan air yang lebih daripada orang lain. Wanita mengandung disarankan untuk ambil 8-12 gelas atau 2-3 liter air sehari. Selain air masak, boleh juga untuk ambil minuman lain seperti susu dan jus buah-buahan. Tips lain untuk menambah hidrasi badan adalah dengan mengamalkan makanan bersup dan buah-buahan yang berair seperti tembikai.
Penambahan berat badan
Inilah satu-satunya masa bila penambahan berat badan amat diperlukan. Saya teringat masa saya sedang mengandungkan anak saya yang pertama. Doktor selalu risau sebab saya susah nak naik berat badan. Bila tak mengandung, senang pulak nak naik. Hahahhaha...
So, berapa banyak berat yang kita perlu naikkan?
Ini bergantung kepada berapakah BMI kita sebelum kita mula hamil.
Jika kita kategori underweight : Naikkan berat badan 12-18 kg
Jika kita kategori normal: Naikkan berat badan 11-15 kg
Jika kita kategori overweight: Naikkan berat badan 6-11 kg
Jika kita kategori obese: Naikkan berat badan 4-9 kg
Ini adalah jumlah berat yang disarankan untuk kita naikkan sepanjang 9 bulan kehamilan. Dan sebaik-baiknya biarlah kenaikan berat badan ni dalam kadar yang stabil dan bukan secara mendadak.
Alahan dan Masalah Ketika Hamil
Bila pregnant, wanita mengandung tak dapat lari daripada pelbagai dugaan kesihatan dan alahan, seperti loya dan sembelit. Apa yang kita boleh buat untuk atasinya?
Mabuk Hamil ("Morning Sickness")
Morning sickness selalunya berlaku pada fasa-fasa awal kehamilan, biasanya pada trimester pertama. Walaupun namanya "morning sickness", tapi alahan ni datang tak kira masa. Kadang-kadang tu boleh berlaku sepanjang hari!
Untuk atasi masalah mabuk ni, ibu-ibu boleh lakukan ini:
- isi perut dengan snek-snek kering selepas bangun pagi dan sebelum buat apa-apa kerja
- banyakkan berehat
- bangun tidur secara perlahan
- elakkan makan makanan yang mempunyai bau yang kuat
- makan sikit-sikit dan kerapkan snacking seperti buah-buahan untuk elakkan perut kosong
- makan apabila makanan dah sejuk sikit, sebab makanan yang panas selalunya mempunyai bau yang kuat
- Banyakkan minum air atau apa-apa minuman antara waktu makan
- Tambahkan halia dalam makanan atau minuman untuk elakkan rasa loya
- Elakkan makanan pedas dan yang mempunyai rasa yang kuat.
Sembelit
Bila dah masuk trimester ketiga, kebanyakan wanita mengandung akan ada masalah sembelit. Ini terjadi mungkin kerana kurang hidrasi dalam badan, kurang pengambilan serat atau kurang senaman.
Antara perkara yang wanita mengandung boleh lakukan untuk elakkan sembelit adalah seperti:
- Ambil makanan tinggi serat
- Minum lebih banyak air dan minuman
- Amalkan gaya hidup yang aktif
Bila kandungan semakin membesar, bayi akan memberi tekanan pada badan ibu. Ini boleh menyebabkan terjadinya masalah pedih ulu hati. Cara-cara untuk atasinya adalah seperti:
- Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap
- Elakkan berbaring selepas makan
- Elakkan makanan yang pedas dan berlemak
- Elakkan pengambilan kaffein
- Makan dengan perlahan dan kunyah makanan dengan baik.
- Banyakkan minum air antara waktu makan dan bukan pada waktu sedang makan
Itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Jagalah kesihatan anda, dan jaga kesihatan bayi anda ya...
Semoga mommies semua mendapat pengalaman kehamilan yang best dan menggembirakan.
Saya berdoa supaya Allah permudahkan perjalanan kehamilan mommies sehingga melahirkan dan membesarkan anak-anak mommies semua.
Jika mommies perlukan any info tentang supplemen untuk bantu anda semasa kehamilan, boleh whatsApp saya seperti nombor di bawah ye.
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment