Skip to main content

Bagaimana Saya Berhari Raya dengan Shaklee

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

Alhamdulillah, sebulan sudah kita berpuasa. Saya mendoakan untuk diri saya dan kita semua supaya segala amalan kita sepanjang bulan Ramadhan diterima oleh Allah SWT.

Dan sekarang pun dah seminggu kita berhari raya. Saya sekeluarga sendiri pun baru je pulang ke rumah daripada kampung halaman. Almaklumlah, sekolah pun tengah bercuti lama, kan... Ambil kesempatan untuk duduk lama sikit di rumah parents.

Walaupun sibuk berhari raya, walaupun lama tinggalkan rumah, saya tak akan lupa untuk bawa supplemen Shaklee daripada rumah sebagai persediaan untuk kami semua. Tahu je lah, kita kan nak berhari raya dengan Shaklee kan. Dah nama Syida Rohim, mana boleh tak ada Shaklee. Takde Shaklee memang tak sah! Bukan Syida Rohim namanya.

Jom saya share sedikit apa supplemen yang saya bawa ke kampung sempena raya Shaklee kali ini.

Untuk control kolesterol,

Shaklee

- Phytocol ST ni saya wajib kami ambil sebelum menjamah hidangan hari raya. Dah nama hari raya, dah tentunya ada hidangan hari raya macam rendang & kuah kacang semua tu yang sangatlah berlemak dan berkolesterol tinggi.
- Bila kita dah ambil Phytocol ST sebelum makan, ia boleh bantu untuk block sedikit kolesterol daripada terus terserap ke dalam salur darah kita.
- Disclaimer: Ini bukan bermakna kita boleh mentekedarah makanan sesuka hati ye. Walaupun dah makan Phytocol ST tu, kenalah beringat-ingat jugak makan tu ye. 

Omega Guard
- Kalau Phytocol ST kita ambil sebelum makan, Omega Guard kita akan ambil selepas makan.
- Fungsinya adalah untuk menurunkan kolesterol LDL, iaitu kolesterol jahat yang dah ada dalam badan kita.
- Kiranya Omega Guard ni bekerja hand-in-hand la dengan Phytocol ST untuk kawal paras kolesterol dalam badan kita ni.

Untuk lawan jangkitan,

Shaklee

Nutriferon
- Musim-musim raya ni kita kan akan banyak berjumpa sanak saudara dan sahabat handai.
- Jadi bila kita perlu banyak bergaul dengan ramai orang, lebih tinggi juga risiko untuk kita mendapat jangkitan penyakit.
- Jadi, saya memang bekalkan Nutriferon untuk family saya sebagai protection supaya lebih kuat sistem imun untuk lawan sebarang jangkitan. 

Sustained Release Vita-C Plus
- Vitamin C Shaklee ni memang wajiblah saya bawa ke mana-mana sebab saya memang tak boleh miss ambil
- Vitamin C kaya dengan antioksidan dan berfungsi untuk lawan radikal bebas yang boleh rosakkan sel-sel badan
- Vitamin C juga penting untuk saya ambil kalau-kalau tiba-tiba kami terdapat selsema semasa balik kampung nanti. Bila amal Vitamin C Shaklee ni, insya Allah, akan kami akan jadi lekas sembuh.

- Ini supplemen Shaklee wajib saya bekalkan untuk anak-anak saya
- Seperti Vitamin C, Hero Kiddo Shaklee ini juga kaya dengan antioksidan yang penting sebagai perlindungan daripada radikal bebas untuk anak-anak saya dan menguatkan sistem imun mereka.

Untuk penghadaman,

Shaklee

Herb Lax
- Waktu biasa-biasa saya jarang bawak balik Herb Lax ni. Tapi disebabkan ini musim raya, dan saya yakin kami akan makan bermacam-macam jenis makanan, saya takut sistem penghadaman dalam perut ni akan terganggu sikit, lagi-lagi lepas sebulan berpuasa.
- Herb Lax Shaklee berasaskan daun senna yang dapat membantu untuk melancarkan sistem penghadaman dan memudahkan proses pembuangan.
- Ternyata memang pada hari raya pertama haritu, suami saya memang jadi senak perut sebab susah membuang. Alhamdulillah, nasib baik saya teringat untuk bawa Herb Lax, lega sikit perut dia.

Oh tak lupa juga berhari raya Shaklee dengan Youth Skincare. Menangis kalau lupa bawa Skincare Shaklee ni. Tak cun la gambar raya nanti. Kata nak hari raya Shaklee kan...

Shaklee

Itu je lah produk Shaklee yang saya bawa dan amal sepanjang hari raya ni sempena nak ber"hari raya Shaklee". Tak hari raya pun, memang inilah selalu yang saya akan bawa setiap kali bermalam lama di mana-mana.

Sebelum saya akhiri post kali ini, saya rasa belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk anda semua. Moga Allah sentiasa berkati hidup kita dengan kesihatan dan kegembiraan sentiasa hendaknya bersama keluarga yang tercinta. Dan Selamat Hari Raya Shaklee daripada Your Trusted Shaklee Distributor, Syida Rohim ðŸ’–

Shaklee

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole