Assalamualaikum wbt. Malam ni nak cerita sikit pasal GLA Complex... GLA Complex memang dah sangat famous dengan manfaatnya untuk kesuburan wanita. Tapi apa yang ada pada GLA Complex ni yang boleh menyumbang kepada kesuburan wanita? Sesetengah wanita mempunyai paras asid lemak yang tidak mencukupi dalam badan mereka. Jadi gamma linolenic acid (GLA), iaitu salah satu asid lemak penting, boleh membantu untuk merangsang kesuburan mereka dengan membantu untuk mendapatkan paras dan kepekatan mukus servik (' cervical mucus' ) yang mencukupi yang diperlukan untuk membenarkan sperma 'berenang' dengan mudah melalui saluran pembiakan dan terus ke rahim. Apa pula ' cervical mucus' ? 'Cervical mucus' atau mukus servik adalah sejenis pelincir yang memudahkan sperma bergerak melalui laluan pembiakan dengan lancar dan tanpa halangan daripada vagina terus ke rahim di mana sperma boleh bersenyawa dengan ovum. Dengan ini barulah fetus boleh mul...