Skip to main content

Posts

Cuti Lepaskan Stress: Manfaat Me-Time yang Setiap Ibu Patut Nikmati

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Masa cuti sekolah haritu, saya dan beberapa kawan-kawan saya yang di kalangan mak-mak dan isteri-isteri pergi “cuti-cuti Malaysia”. Cuti-cuti Malaysia la kononnya... Pergi staycation di area Johor Bahru je.... Ye la, tak sampai 1 jam pun dari rumah. Tapi at least dapatlah jugak keluar dari rumah, dan keluar daripada rutin-rutin biasa kami. Nak bercuti daripada mendengar rengekan-rengekan “Ummi, mana baju saya?”, atau “Sayang, nampak tak dompet abang?” Waktu tu kami bercuti daripada fikir pasal rumah, fikir pasal suami, fikir pasal anak. Itu hari kami. Kami betul-betul fokus untuk bercuti, sembang-sembang kosong, rehat dan relax sepuas-puasnya! Aahh… Seronok betul! Dapat makan breakfast dengan aman Walaupun staycation kami tu hanya satu malam je, tapi bagi saya sendiri, walaupun sekejap, ia berjaya membuatkan hati dan minda saya yang sebelum tu terasa berat dengan memikirkan macam-macam perkara, terus terasa ringan. Balik daripada bercuti tu, jumpa s...

Belanjawan 2025: Apa Kesannya & Apa Tindakan Kita?

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Belanjawan 2025 baru je dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Oktober 2024 yang lalu. Rata-rata rakyat Malaysia pasti tertunggu-tunggu apa intipati kandungan pembentangan belanjawan ini, terutamanya yang dari golongan B40 dan M40, nak tahu juga kalau-kalau ada diselitkan tentang bantuan tunai untuk kami-kami ni. Antara isi kandungan Belanjawan 2025 yang menarik untuk rakyat adalah:  - Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk penerima bujang sebanyak RM600 (max RM4,600 seisi rumah) - Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 sebulan (selama 9 bulan) untuk penerima STR kategori isi rumah.  - Kadar gaji mininum meningkat daripada RM1,500 kepada RM1,700. - Kadar bantuan kebajikan oleh KM untuk warga emas dan kanak-kanak keluarga miskin ditingkatkan. - Lebih banyak pusat pendidikan untuk anak berkeperluan khas dan autistik akan dibina. Ada juga kandungan Belanjawan 2025 yang agak merisaukan sebahagian daripada rakyat Malaysia seperti : - Kadar duti m...

Kenapa Rumah Perlu Dibersihkan Segera Selepas Banjir?

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Bila dah masuk hujung tahun, mulalah hati saya rasa gundah gulana. Bila guruh berbunyi, hujan mula turun dengan lebat, saya dah tau, air bakal naik. Itulah nasib bila kita tinggal di kawasan rendah. Alhamdulillah, sekarang saya dah pun berpindah di kawasan yang lebih tinggi.  Tetapi, ibu ayah saya masih lagi tinggal di kawasan lama. Dah berpuluh tahun ibu ayah saya tinggal di situ, dari zaman saya sekolah rendah lagi. Sekarang saya pun dah beranak-pinak. Dulu-dulu kawasan ni tak pernah banjir. Air naik tu memang ada, tapi tak pernah sampai air masuk ke dalam rumah. Tapi, tahun 2021 tu memang tercipta satu memori. First time rumah keluarga kami dilanda banjir sehingga paras pinggang di dalam rumah. Saya yang duduk jauh memang risau, macam mana keadaan mak ayah, macam mana mereka nak dapat bekalan makanan. Saya hanya mampu doa dari jauh. Nak balik pun, kami memang dah tak boleh masuk ke kawasan banjir tersebut. Hampir seminggu juga air untuk mula ...

4 Cara Meningkatkan Tenaga Untuk Lelaki

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Sharing saya dalam post kali ini adalah dapatan saya daripada kelas yang dianjurkan oleh Nutritionist Shaklee, pada beberapa bulan lepas. Selama ni, saya selalu share tentang supplemen tentang wanita je, kan; seolah-olah hanya wanita je yang patut amalkan supplemen. Tidak! Sebenarnya semua orang, tak kira lelaki atau wanita, yang muda dan yang tua, semuanya boleh mengamalkan supplemen, mengikut keperluan masing-masing. Lelaki Mementingkan Ketahanan Tenaga & Stamina Cuba kita perhati, selalu tak kita dengar atau nampak atau alami sendiri, bila anda atau suami balik kerja, terus duduk melepek je tak bangun-bangun. Bangun bila nak gi toilet, nak pergi makan, nak pergi solat, pastu nak pergi tidur. Biasa tak nampak senario ni? Kalau kita sebagai isteri tengok suami macam ni, rasa nak marah jugak, kan.. Balik kerja terus nak rehat, bukan nak menolong. Hakikatnya, dengan dunia sekarang, kehidupan lelaki ni pun amat memenatkan , dan amat stressful. Ker...