Assalamualaikum wbt
Harini saya nak share resepi la pulak.
Ni resepi favourite if rasa sangat malas nak masak.
Ayam Masak Paprik
Bahan-bahan:
Bahan hiris:
1/2 biji bawang besar (saya lebihkan sikit)
2 biji bawang putih
sedikit halia (mayang)
1 serai (ketuk)
1-2 daun limau (koyak-koyakkan)
Bahan sos (bancuh bersama):
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Kicap
Air (ikut kuah nak banyak mana)
Bahan sayur:
Kobis bunga
Carrot
(sukahati nak tambah sayur apa lagi)
(sukahati nak tambah sayur apa lagi)
Bahan lain:
5 ketul ayam (saya pakai ayam besar-besar je, tak payah nak potong kecik-kecik tu...)
Sos tiram
Serbuk cili (saya guna dalam 1 1/2 sudu kecil, bancuh dengan sedikit air jadi seperti pes)
Cara penyediaan:
1) Perap ayam dengan sos tiram
*saya malas nak goreng. kalau nak goreng, lumur ngn serbuk kunyit dan garam dan goreng
2) Panaskan minyak dan tumis bahan hiris, serai dan daun limau
3) Bila bawang dah layu, boleh masukkan bancuhan serbuk cili. Nak banyak mana tu, ikut kepedasan yang anda suka.
*saya memang suka pakai serbuk cili, senang nak simpan.
*Boleh ganti dengan cili giling.
4) Lepas 4-5 minit camtu, boleh masuk ayam. Tambah sedikit air kalau terlalu kering. Lepas tu cover kuali, dan biar ayam masak sket
5) Masukkan sayur. Biarkan sayur lembut sket, jangan lama sangat
6) Masukkan bancuhan sos. Gaul-gaul mesra.
7) Lepas ayam dah betul-betul masak, dan boleh tutup api. 30-45min dah boleh setel dah semua ni....
Selamat makan semua!
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-317 6903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment