Skip to main content

ALEPPO EMERGENCY APPEAL

Assalamualaikum wbt

From fanpage IKRAM for SYRIA:

i4SYRIA melancarkan Aleppo Emergency Appeal untuk membantu lebih 250,000 rakyat Aleppo yang disekat bantuan kemanusiaan untuk masuk ke sana akibat pengeboman yang tidak henti-henti sejak 23 April yang lalu. 

Berikut adalah beberapa data berkenaan situasi terkini di Aleppo: 


  • Lebih 252 orang terkorban sejak minggu lalu termasuk 49 kanak-kanak. Ini menjadikan jumlah korban di Aleppo sejak tahun 2011 kepada 28, 830 orang 
  • Hospital Al-Aqsa di Aleppo turut dibom pada hari rabu lepas, mengorbankan lebih 30 orang termasuk Doktor Pakar Kanak-Kanak terakhir di Aleppo. Hospital ini adalah dibawah NGO Antarabangsa Doctors Without Borders (MSF).
  • Serangan oleh regim Bashar dengan bantuan tentera Rusia telah meningkat sejak seminggu lalu kononnya untuk memutuskan bekalan senjata kumpulan ‘pemberontak’. 
  • Serangan barrel bom terbaru adalah dikawasan Hritan, Kaft Dael, Bab al-Haded dan kejiranan Kastelo di Aleppo. 
  • Kesan pengeboman berterusan sejak 2011 juga telah menyebabkan kemusanahan kepada warisan dunia yang diiktiraf oleh UNSECO iaitu Old City of Aleppo. 


i4SYRIA merayu kepada rakyat Malaysia yang prihatin dan dermawan turut membantu kempen ini dengan bersama-sama menyumbang. 

Sumbangan berbentuk kewangan dan penyebaran maklumat tentang kempen ini kepada rakan-rakan yang lain amat dihargai dan diperlukan.

Bantuan akan difokuskan kepada makanan dan perubatan yang akan disalurkan melalui rakan NGO disana. Anda boleh ikuti perkembangan terkini di Aleppo dan Syria melalui FB i4SYRIA

2 Langkah mudah untuk menyumbang: 

1) Salurkan sumbangan anda atas nama 'Humanitarian Care Malaysia Berhad':

Akaun Maybank Islamic : 5642-5856-0698  
Akaun Bank Islam : 1209-20100-34904  
Akaun CIMB Islamic: 8602 135 592 

2) Maklumkan melalui email ke account@mycare.org.my bersama salinan slip atau Whatsapp/Telegram ke 012-2799734 dan nyatakan kemasukan untuk ‘Aleppo' 



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat MyCARE: +603-8941 2341 (En Aiman) 

*Tempoh Projek: 2 Mei 2016 - 16 Mei 2016 

Mohon sebarkan info ini kepada kenalan/sahabat anda! ‪
#‎AleppoIsBurning‬ 
‪#‎SaveSyria‬ 

Sumber Data: Syrian Observatory for Human Rights, AlJazeera

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole