Skip to main content

Cara Mengawal Paras Kolestrol dan Lemak

Assalamualaikum wbt

Diet yang sihat boleh melancarkan peredaran darah dan menguatkan jantung. Sebab tu, sangat penting untuk kita rancang diet kita supaya ia memenuhi keperluan gizi kita dan pada masa yang sama menyelerakan.



Jantung yang sihat akan membuatkan peredaran darah dalam arteri dan vena jadi lebih efficient dan sempurna. Jika peredaran darah tak sempurna boleh menyebabkan penyempitan pada saluran darah dan seterusnya akan mengganggu peredaran darah. Ia boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi atau hypertension, yang menyebabkan jantung bekerja dengan lebih kuat. Akibatnya, ia boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit jantung.

Nampak tak pertalian antara pemakanan dengan kesihatan jantung sekarang?

Sebab tu, kita perlu sangat untuk menjaga diet kita, terutamanya paras lemak dan kolestrol.

Di bawah saya kongsikan sedikit langkah-langkah untuk mengawal paras kolestrol jahat dan lemak:

  • Elakkan pengambilan lemak trans seperti makanan diproses dan hidrogenasi seperti kek, biskut, sosej dan makanan lain yang mengandungi kolesterol jahat LDL yang akan merendahkan kolesterol baik HDL.

  • Kurangkan kekerapan pengambilan makanan tinggi kolesterol seperti organ dalaman haiwan (hati, limfa, jantung, dll), makanan laut (ketam, sotong, udang dll) dan jenis daging merah.

  • Kurangkan pengambilan telur kerana sebiji kuning telur ayam mengandungi kira-kira 275-300 mg kolesterol manakala kuning telur itik mengandungi 375 mg kolesterol.

  • Pilih sapuan lemak jenis marjerin lembut yang mempunyai lemak tidak tepu seperti sapuan kanola atau lemak sayuran untuk sapuan pada roti.

  • Tukar pengambilan susu penuh berkrim atau susu segar dengan susu rendah lemak atau susu skim. Gantikan juga santan dalam masakan kepada jenis susu ini. Pengambilan krimer dan susu pekat manis harus dihadkan kerana ia tinggi lemak tepu yang boleh meningkatkan risiko salur darah tersumbat.

  • Pelbagaikan makanan harian. Hadkan pengambilan makanan bergoreng, berminyak dan bersantan. Buang lemak dan kulit pada daging ayam sebelum memasak. Seeloknya, gunakan sedikit sahaja minyak ketika memasak dan pelbagaikan jenis masakan rebus, panggang, kukus serta menggunakan ketuhar gelombang mikro selain menggoreng.


Untuk order supplemen semulajadi dan konsultansi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:


Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram :
 syida_rohim
Twitter : @SyidaRohim
Google + : +SyidaRohim
Pinterest : Syida Rohim
Contact No. : 018-3176903 (SMS/WhatsApp only)
COD : Meru, Klang, Puncak Alam, Kapar, Jalan Kebun, Enstek, Nilai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran poslaju ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole