Skip to main content

5 Idea Jana Pendapatan Untuk Suri Rumah (Pengalaman Sendiri)

 Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

jana pendapatan suri rumah

Dulu masa saya mula jadi suri rumah, saya selalu tertanya-tanya satu perkara.
Boleh ke sebenarnya suri rumah jana pendapatan dari rumah?

Yelah, kebanyakan masa kita memang banyak menghabiskan di rumah. Kita dah siap urus anak, kemas rumah, memasak, dan macam-macam lagi tanggungjawab harian. Kadang-kadang tu ada lah masa tenggang bila kerja-kerja rumah tu dah selesai. Rasa bosan pun ada. Tapi kita tak tahu nak guna masa tu untuk buat sesuatu yang boleh menambah pendapatan keluarga.

Sebenarnya, sekarang ini ada banyak cara untuk suri rumah boleh buat duit dari rumah tanpa perlu tinggalkan anak atau bekerja di luar. Ada yang bermula dengan hobi, ada yang bermula secara online, dan ada juga yang bermula secara kecil-kecilan saja.

Saya sendiri pun bermula dengan perlahan-lahan dan daripada sesuatu yang kecil je. Pernah cuba jual homemade brownies, sekarang masih lagi buat affiliate Shopee dan TikTok, dan pada masa yang sama saya juga merupakan agen Shaklee yang sah.

Jadi dalam artikel ini saya nak kongsi 5 idea jana pendapatan untuk suri rumah yang mungkin boleh jadi inspirasi untuk sesiapa yang nak mula cari side income dari rumah.


1. Mulakan dengan Hobi: Jual Makanan Homemade

jana pendapatan suri rumah
jana pendapatan suri rumah

Kalau kita suka baking atau memasak, itu sebenarnya boleh jadi satu kelebihan yang besar. Tak perlu menu yang terlalu fancy pun. Kadang-kadang makanan simple pun boleh jadi sangat laku.

Saya sendiri pun pernah jual homemade brownies. Masa tu buat kecil-kecilan je. Buat bila ada order, packing sendiri, hantar sendiri. Walaupun penat sikit dan simple je, tapi rasa seronok bila orang repeat order dan suka makanan yang kita buat.

Dari situ juga saya belajar satu perkara. Kadang-kadang kita tak sedar yang sebenarnya hobi kita pun boleh jadi sumber pendapatan.


2. Buat Duit Dari Rumah Dengan Affiliate

Sekarang ni zaman digital, jadi semakin ramai orang suka buat affiliate sebagai side income, sebab affiliate ni adalah antara cara paling mudah nak mula.

Konsep dia mudah saja. Kita kongsi link produk, dan bila orang beli melalui link kita, kita akan dapat komisen. Tak perlu simpan stok. Tak perlu packing barang. 

Saya sendiri masih buat affiliate di Shopee dan TikTok sampai sekarang. Biasanya saya cuma share produk-produk yang saya guna sendiri atau yang saya rasa berguna untuk orang lain. Saya buat review sikit atau buat content yang simple-simple.

Yang bestnya, benda ni boleh buat ikut masa lapang. Sementara tengah tunggu anak tidur ke atau tunggu anak balik sekolah pun boleh buat.


3. Life Sharing Sebagai Content Creator

jana pendapatan suri rumah

Ini pun semakin popular sekarang.

Ramai suri rumah mula buat content tentang kehidupan seharian mereka di media sosial. Tak perlu pun content yang terlalu fancy pun.Contohnya:
- rutin harian suri rumah
- resepi simple
- tips rumah tangga
- review produk

Kadang-kadang kita rasa kehidupan kita biasa saja. Tapi sebenarnya ramai orang suka tengok content yang simple, real dan relatable macam ni.

Dari situ jugak boleh datang peluang seperti affiliate, review berbayar, atau kolabrasi brand.


4. Belajar Trading Saham Seperti Bursa Malaysia

jana pendapatan suri rumah

Satu lagi cara untuk jana pendapatan dari rumah ialah melalui trading saham.

Sekarang ini semakin ramai orang yang dah mula belajar tentang pelaburan dan trading, termasuklah suri rumah macam saya. Dengan adanya aplikasi trading, kita boleh memantau pasaran saham terus daripada smart phone atau laptop di rumah.

Contohnya melalui Bursa Malaysia, kita boleh membeli dan menjual saham syarikat-syarikat yang tersenarai. Malah sekarang ada beberapa aplikasi trading yang memudahkan urusan ini seperti M+ Global (Mplus), Rakuten Trade dan juga Moomoo.

Walaupun nampak mudah, trading sebenarnya memerlukan ilmu dan disiplin. Sebab itu sangat penting untuk belajar dan faham asas terlebih dahulu sebelum mula melabur.

Bagi yang minat dengan dunia kewangan dan suka belajar perkara baru, ini juga boleh jadi salah satu cara untuk menambah pendapatan dari rumah.


5. Mulakan Bisnes Produk Kesihatan

Satu lagi cara ialah dengan menjual produk kesihatan atau kecantikan.

Biasanya kita akan daftar sebagai agen atau distributor dan kemudian berkongsi produk tersebut kepada orang lain.

Saya sendiri sekarang adalah merupakan Pengedar Shaklee yang sah. Pada awalnya saya cuma guna produk untuk diri sendiri. Lama-kelamaan, lepas nampak kesan yang baik, akhirnya saya decide untuk daftar jadi agen dan mula berkongsi kebaikannya dengan orang lain

Bagi saya, ini bukan sekadar jual produk, tapi juga berkongsi gaya hidup yang lebih sihat dengan orang lain.


Jana Pendapatan Sebagai Satu Ibadah

Sebenarnya bila kita fikir balik, usaha suri rumah untuk jana pendapatan ni bukanlah sekadar tentang duit semata-mata.

Ia juga boleh jadi satu bentuk ibadah.

Bila kita berusaha membantu suami (dan diri sendiri juga sebenarnya) menambah pendapatan keluarga, bila kita dapat gunakan masa dengan perkara yang lebih bermanfaat, dan bila kita berniat untuk kebaikan dan kebajikan keluarga... semua itu ada nilai di sisi Allah.

Selain itu, kita juga dapat menggunakan masa dengan sesuatu yang worthwhile. Bukan sekadar scroll phone tanpa tujuan, tapi kita juga dapat buat sesuatu yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan lebih bagus kepada orang lain juga.

Walaupun mungkin kita hanya bermula dengan something yang kecil, tapi lama-lama insya Allah ia boleh membantu memperbaiki ekonomi keluarga sedikit demi sedikit.


Tak Perlu Tunggu Sempurna

Kalau ada satu perkara yang saya belajar sepanjang perjalanan ini, ia adalah:

Tak perlu tunggu semuanya sempurna baru nak bermula.

Mulakan dengan apa yang kita ada.
Mulakan dengan apa yang kita mampu buat.

Kadang-kadang langkah yang kecil itulah yang akhirnya membawa kita ke arah sesuatu yang lebih besar.

Yang penting keyakinan, keazaman dan konsistensi.

Ini pesanan untuk diri saya juga.


jana pendapatan suri rumah

Kalau Nak Cuba Jadi Pengedar Sah Shaklee

Kalau ada suri rumah yang rasa tertarik dengan idea menjual produk kesihatan, dan nak cuba jadi Pengedar Sah Shaklee juga, sebenarnya boleh je mula secara perlahan.

Tak perlu pun terus pandai semua benda. Masa saya mula dulu pun banyak benda saya belajar sedikit demi sedikit. Dan sampai sekarang juga saya masih belajar untuk improve diri.

Kalau berminat nak tahu macam mana nak mula, boleh je terus klik sini untuk terus mendaftar. Boleh juga WhatsApp saya seperti nombor di bawah post ini. InsyaAllah saya boleh share pengalaman saya dan ajar step asas untuk mula.

Mana tahu, dari sekadar nak cuba-cuba, rupanya boleh jadi satu sumber pendapatan tambahan untuk keluarga 😊


💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Shaklee
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim He...

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya...

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diper...