Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Setiap kali nak berpuasa, kita mesti akan teringat nak buat air nabeez kan? Tapi tau tak apa itu air nabeez, dan kenapa kita digalakkan untuk minum air nabeez ni? Air Nabeez ni sebenarnya adalah sejenis minuman yang sangat digemari oleh Rasulullah SAW. Sebab tu sesetengah orang panggil Air Nabeez ni adalah air sunnah. Jadi, sangat-sangatlah bagus untuk diamalkan, dapat pahala menghidupkan sunnah Rasulullah. Banyak kelebihan air Nabeez ni. Antaranya ia merupakan minuman yang mempunyai sifat alkali yang boleh membuang acidity dalam perut kita. Selain itu juga ia dapat bantu membaiki sistem penghadaman kita dan bagus untuk detoks kerana ia kaya dengan serat larut. Air Nabeez juga sangat-sangat memberi tenaga dan menjadikan kita lebih segar. Kelebihan Air Nabeez: - membekalkan sumber serat, potassium, magnesium dan mikronutrien lain - menggalakkan proses penghadaman yang lebih baik - melegakan masalah sembelit - menggalakkan proses detoks - membantu men...