Assalamualaikum wbt.
Time MCO ni, dah jadi semakin penting untuk kita fokus pada kesihatan fizikal dan mental kita.
Apa contoh langkah-langkah yang perlu kita ambil?

Minum Air Secukupnya
Minum air yang cukup boleh jadikan diri kita kekal sihat. Ia juga boleh elakkan kita jadi cepat letih dan lembik bila dah sampai waktu tengahari.
Oh, elakkan juga daripada kerap ambil kopi, sebab kopi boleh buat kita jadi dehydrated. Kalau jenis suka sangat kopi, meaning air pun kena minum lebih sikitlah...


Pengurusan Stress
Tak dapat nak nafikan, bila kita terlalu lama duduk rumah tak keluar-keluar, kita akan jadi sangat stress secara psikologi. Dicampur lagi dengan risau pasal financial, takut terjangkit dengan wabak penyakit... Macam-macam lagilah...
Antara yang boleh kita buat adalah dengan buat 'early daily plan' apa yang kita nak buat untuk hari keesokannya. Apa aktiviti nak buat dengan anak-anak... Siapkan 'weekly grocery list', so that boleh keluar beli barang-barang dapur seminggu sekali sahaja. So, chance untuk terkena jangkitan tu kurang lah.
If kita sedar kita terlalu stress sehingga menuju ke arah depression, 'seek help'... Talk to somebody...
Dapatkan Tidur Yang Cukup
Bila stress-stress kena kuarantin, sesetengah orang boleh dapat masalah gangguan tidur. Bila kita makin kurang tidur, ia makin menyebabkan kita makin kurang sihat secara mentally.
Pastikan kita stick kepada pattern tidur yang sihat. Cuba untuk padam lampu, elakkan duk tenung handphone. Make sure kita dah readykan diri kita untuk tidur by pukul 10pm. Jangan tidur lewat! Or, kita akan bangun tidur di waktu pagi dalam keadaan yang sangat penat...
Basuh tangan!
Bukan setakat basuh tangan dengan air sahaja, tapi mesti dengan sabun! Dan bukan main semberono je, tapi dengan step-step yang betul.
Bukan waktu wabak Covid-19 ni je, tapi sepanjang masa. Selepas keluar tandas, sebelum handle makanan, dan yang sewaktu dengannya.

Bersenam
Selain boleh membuang lemak-lemak yang terkumpul sebab asyik makan je during MCO ni, bersenam juga dapat mengurangkan stress dan any simtom depression.
Bersenam juga dapat membantu kita dapat tidur yang lebih mudah. So, bagi yang ada insomnia, memang sangat-sangat digalakkan untuk bersenam.
Bersenam juga dapat jadikan kita lebih bertenaga, so, kerja-kerja boleh jadi lebih productive.
Dengan syarat, bersenam DI RUMAH SAHAJA di tempoh MCO ni ye...
/baby-boy-assisting-mother-exercising-968890566-5c472e6dc9e77c0001440b0e.jpg)
Ambil supplemen
Dalam musim wabak penyakit ni, makanlah makanan yang berkhasiat. Dapatkan cukup nutrisi. Jika bimbang kita tak dapat cukup nutrisi, amatlah digalakkan untuk ambil supplemen, terutama bagi yang ada sistem imun yang lemah.

-----
Harap perkongsian ini dapat membantu anda melalui waktu MCO ni...
/baby-boy-assisting-mother-exercising-968890566-5c472e6dc9e77c0001440b0e.jpg)
Ambil supplemen
Dalam musim wabak penyakit ni, makanlah makanan yang berkhasiat. Dapatkan cukup nutrisi. Jika bimbang kita tak dapat cukup nutrisi, amatlah digalakkan untuk ambil supplemen, terutama bagi yang ada sistem imun yang lemah.

-----
Harap perkongsian ini dapat membantu anda melalui waktu MCO ni...
Apa agaknya dah jadi rutin harian kita supaya kita kekal sihat sepanjang musim MCO ni?
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
Twitter : @SyidaRohim
Google + : +SyidaRohim
Pinterest : Syida Rohim
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran poslaju ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment