Skip to main content

Shape-Up Your Body

Berat badan berlebihan sudah jadi satu masalah yang biasa atau 'common' bagi para wanita untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik. Lemak menggelebeh sana-sini. Bila berdiri depan cermin, ish.. malu nak tengok diri sendiri.

Penting ke nak jaga bentuk badan ni?

Terpulang pada diri masing-masing. Tapi, bagi saya sendiri, penjagaan bentuk badan adalah penting untuk membina keyakinan diri sendiri. Bila seseorang mempunyai bentuk badan yang ideal, barulah kita sendiri berasa selesa dan boleh membawa diri dengan lebih yakin. Bukannya sebab nak tunjuk-tunjuk depan orang. Jangan buat dosa, okay?!

Pulak tu, bagi mereka yang sudah mempunyai suami, lagi-lagi la penting, kan? Janganla masa awal-awal perkahwinan saja nak melawa-lawa, tapi lepas dah lama, beranak 4 pula, terus tak jaga badan. Jangan sampai suami nak tengok pun dah tak lalu. "Oh, suami saya bukan kawin dengan saya sebab paras rupa.." Ya, memang betul Puan-puan... Tapi sedangkan Rasulullah SAW juga pernah bersabda:

“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. [HR Bukhari dan Muslim]

Ini menunjukkan kecantikan itu juga adalah salah satu faktor yang penting buat si isteri. Dapat pahala, okay, kalau kita cantik-cantik untuk suami. BUKAN UNTUK BOYFRIEND TAU! DOSA!!

Okay, mula-mula tentang pemakanan.

Elakkan pengambilan makanan karbohidrat yang mempunyai Indeks glisemik (GI) yang tinggi.

Sebab karbohidrat dengan GI yang tinggi boleh meningkatkan paras glukosa dalam darah dengan cepat. Bila paras glukosa dalam darah tinggi, maka badan akan menghasilkan insulin yang bertindak untuk buang glukosa berlebihan tadi. Ia akan mengakibatkan glukosa yang berlebihan tadi akan disimpan oleh sel-sel lemak. Aah... sudah..!!!

Antara kesan lain adalah, ia akan mengakibatkan kita akan mudah rasa lapar akibat pembuangan glukosa berlebihan yang secara tiba-tiba tadi. Jadi, mula lah kita nak capai snack atau junk food untuk memenuhi rasa lapar tadi. Sangat tidak sihat....


Okay, bagaimana dengan protein?

Tidak syak lagi, kita perlu dapatkan protein berkualiti tinggi dan non-GMO dalam jumlah yang mencukupi untuk mendapatkan bentuk badan yang menawan. Ini kerana protein adalah satu elemen penting untuk pertumbuhan otot. Adalah baik juga jika kita mengambil minuman protein yang berkualiti tinggi sebagai makanan sampingan, sebagai pengganti snack-snack yang kurang sihat.


Dan tahukah anda lemak juga penting untuk dapatkan tubuh badan yang cantik?

Haa.. terkejut tak? heheh... Jangan ada pulak yang pegi minum minyak masak pulak lepas ni. hehe..

Ada jenis lemak dan minyak yang sangat penting dalam penghasilan hormon-hormon yang berguna yang dapat membuang lemak yang tidak sihat dari tubuh kita. Lemak dan minyak yang dimaksudkan ialah minyak ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3. Omega-3 juga mampu untuk seimbangkan paras insulin dan mengurangkan keradangan.

Shaklee juga ada supplemen yang boleh bantu anda untuk realisasikan impian anda untuk dapatkan bentuk badan yang menarik...


Dengan Set Shaklee Shape-Up, anda dapat menikmati hidup baru yang hebat dengan menghilangkan lemak berlebihan.

Kebaikan:
----------------
# Badan yang langsing dan rapi
# Nampak lebih anggun
# Rasa hebat
# Rasa lebih bertenaga
# Meningkatkan keyakinan diri
# Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

Shape-Up Set terdiri daripada:
-------------------------------------
1- Cinch Shake Mix
- Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot di saat mengurangkan berat badan
- Mengandungi 24g protein dalam setiap hidangan bagi rasa puas dan kenyang
- Kandungan serat yg tinggi, 6g dalam setiap sajian
- Nilai GI yang rendah untuk mengekalkan paras gula normal dalam darah dan mengekalkan tenaga
- Memberi 35% atau lebih Nilai Harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting
- Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
- Genetik Soya yang tidak diubahsuai (non-GMO)

2- Cinch Energy Tea Mix
- Tinggi antioksida
- Merangsang metabolisme
- Menjana tenaga berpanjangan
- Melarutkan dan membakar lemak
- Menghasilkan otot tanpa lemak
- Detox

3- Lecithin
- Mengemulsi lemak
- Meningkatkan kesihatan otak

4- Herb-Lax
- Julap lembut untuk kegunaan sekali-sekala
- Menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semula jadi tubuh badan 


Boleh juga ditambah dengan Omega Guard, iaitu minyak ikan yang terbaik di dunia yang kaya dengan Omega-3 dengan kebaikan-kebaikan seperti yang disebutkan di atas tadi.


Okay, sampai sini dulu. Saya doakan kita semua dapat capai impian untuk mendapatkan tubuh badan yang menawan.. Mesti suami lagi sayang.. Hihihi... Jaga makan.. jangan skip makan.. dan banyakkan bersenam, okay!!!


** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.








Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:


Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
Twitter : @SyidaRohim
Google + : +SyidaRohim
Pinterest : Syida Rohim
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran poslaju ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole