Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2024

Bagaimana Melindungi Sendi Semasa Bersukan

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Bersenam memang seronok, lebih-lebih lagi bila kita ada matlamat nak jadi lebih sihat dan mungkin nak “buang” beberapa kilo berat badan kita tu. Tapi, pernah tak korang ada rasa sakit-sakit sendi lepas bersenam? Lutut macam berbunyi, atau bahu rasa lenguh tak hilang-hilang? Jangan risau, korang tak keseorangan. Ramai orang lupa, bukan otot je kita kena jaga, sendi pun penting juga untuk memastikan kita boleh terus aktif tanpa kecederaan. Senaman memang kunci penting untuk kuruskan badan, tapi kalau tak kena cara, boleh jadi “bencana” untuk sendi. Kalau asyik paksa diri buat senaman berat tanpa peduli rehat atau teknik yang betul, itu yang boleh buat sendi sakit-sakit tu. Badan kita pun ada limit tau! Bayangkan, kita sibuk nak capai target, tapi akhirnya terpaksa berhenti lama sebab sendi cedera. Rugi, kan? Jadi, apa rahsianya nak kekal aktif dalam keadaan sendi terjaga, dan dalam masa yang sama juga dapat capai misi kurus? Dalam post ni, jom kita s...

Cara Kurus Ketika Menyusu: Tips Selamat untuk Ibu dan Bayi

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Menurunkan berat badan lepas bersalin memang cabaran besar bagi sesetengah orang, terutamanya bagi ibu yang menyusukan anak. Walaupun ramai yang kata menyusukan baby boleh bantu membakar kalori, hakikatnya ibu-ibu mesti perasan rasa lapar tu macam tak pernah berhenti! Kadang-kadang rasa macam baru je makan, tapi dah lapar balik. Ditambah pula dengan berat badan yang naik banyak masa mengandung, nak kurus semula rasa macam mission impossible !  Dalam usaha nak kurus, perkara paling penting yang ibu menyusu kena ingat adalah kesihatan diri sendiri dan bayi. Proses menyusu memerlukan banyak tenaga, jadi tubuh ibu perlukan nutrisi yang cukup untuk pastikan susu badan berkualiti dan mencukupi. Kalau diet tak betul atau terlalu extreme , bukan saja badan jadi lemah, tapi penghasilan susu pun boleh terjejas. Sebab tu, apa-apa pun usaha kita lakukan untuk turunkan berat badan mesti seimbang; ibu sihat, bayi pun happy! Sebenarnya ada cara yang selamat ...

Tips Mudah Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Hari

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Pernah tak selalu rasa letih yang tak lega-lega, walaupun dah cukup tidur dan rehat? Kadang-kadang, walaupun kita dah pasang niat nak bangun pagi dengan penuh semangat, by the time sampai waktu tengah hari je badan dah mula rasa lesu. Mata pun ikut mula jadi layu. Terus mengantuk. Rasa letih yang melampau ni bukan je buat kita rasa lesu, tapi juga buat kita hilang fokus dan tak produktif.  Jangan risau, anda tak keseorangan. Dalam era serba pantas ni, memang ramai yang mengalami masalah keletihan melampau ni. So, jom kita tengok macam mana kita nak atasi masalah keletihan ni supaya kita boleh kekal bertenaga sepanjang hari.  Ubah Rutin Harian Ada masanya, rasa letih kita tu datang bukan sebab kita tak cukup rehat, tapi sebab kita stuck dalam rutin harian yang sama setiap hari. Bayangkan kita buat benda yang sama setiap hari, pada waktu yang sama, dengan cara yang sama; lama-lama otak dan badan pun akan jadi “boring” dan rasa penat. Tukar ru...

Bahagia itu Sederhana: Cara Simple untuk Happy

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Dalam hidup yang asyik sibuk dan serba laju ni, mesti kita selalu terfikir yang bahagia tu mesti kena ada duit berkepuk atau dah ada kejayaan yang besar dalam kerjaya. Padahal, bahagia tu nak dapat simple je sebenarnya.   Kadang-kadang kita sibuk kejar macam-macam benda, sampai terlupa yang kebahagiaan tu ada je dalam benda-benda kecil di sekeliling kita. Tak perlulah kita nak tunggu untuk dapat semua benda yang kita impikan, baru kita boleh happy. Apa kata kita mula untuk appreciate apa yang ada di depan mata kita, living in the moment, dan be happy dengan cara yang simple.   Bersyukur dan Redha   Rasa syukur adalah kunci kebahagiaan. Bersyukur ni bukanlah complicated. Bila kita bersyukur, kita akan mula menghargai sepenuhnya segala nikmat kecil yang Allah kurniakan pada setiap saat kepada kita. Tak perlulah kita nak tunggu rezeki besar atau hidup sempurna baru nak happy. Mungkin rezeki kita tidaklah melimpah ruah seperti orang lain, ...