Assalamualaikum wbt & Hai Semua! "Doa merupakan senjata bagi orang-orang mukmin." Pernah dengar, kan, ungkapan ni? Bila dengar ungkapan ni, benda pertama yang saya teringat adalah kisah para mukminin di Perang Badar. Di mana pada waktu itu, tentera orang Islam hanya ada dalam 313 orang sahaja yang menentang seramai lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin. Jika ikut rasional matematik, dengan nisbah 1 lawan 3, rasa macam susah tentera muslimin nak menang, kan... Tapi itulah beza orang Islam dengan orang kafir. Kita ada satu senjata yang tiada tandingan hebatnya, iaitu aqidah kita. Kepercayaan kita kepada kuasa Allah, dan keyakinan kita bahawa Allah akan sentiasa membantu mereka yang menegakkan agamaNya. Sebelum bermulanya Perang Badar Rasulullah SAW juga memanjatkan doa: اللَّهُمَّ أَنْجِزْ لِي مَا وَعَدْتَنِي اللَّهُمَّ آتِ مَا وَعَدْتَنِي اللَّهُمَّ إِنْ تَهْلِكْ هَذِهِ الْعِصَابَةُ مِنْ أَهْلِ الإِسْلاَمِ لاَ تُعْبَدْ فِي الأَرْضِ" Maksudnya: Ya Allah, penuhi...