Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Dulu masa saya mula jadi suri rumah, saya selalu tertanya-tanya satu perkara. Boleh ke sebenarnya suri rumah jana pendapatan dari rumah? Yelah, kebanyakan masa kita memang banyak menghabiskan di rumah. Kita dah siap urus anak, kemas rumah, memasak, dan macam-macam lagi tanggungjawab harian. Kadang-kadang tu ada lah masa tenggang bila kerja-kerja rumah tu dah selesai. Rasa bosan pun ada. Tapi kita tak tahu nak guna masa tu untuk buat sesuatu yang boleh menambah pendapatan keluarga. Sebenarnya, sekarang ini ada banyak cara untuk suri rumah boleh buat duit dari rumah tanpa perlu tinggalkan anak atau bekerja di luar. Ada yang bermula dengan hobi, ada yang bermula secara online, dan ada juga yang bermula secara kecil-kecilan saja. Saya sendiri pun bermula dengan perlahan-lahan dan daripada sesuatu yang kecil je. Pernah cuba jual homemade brownies, sekarang masih lagi buat affiliate Shopee dan TikTok, dan pada masa yang sama saya juga merupakan agen...
Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Kita semua mesti pernah mengalami sakit kepala, tak kiralah sama ada sebab kurang tidur, terlalu stress, atau sebab cuaca terlalu panas. Kadangkala ia hanya seketika dan hilang begitu saja, tetapi ada masanya ia berlarutan dan mengganggu aktiviti harian kita. Tapi bila sakit kepala jadi terlalu kerap, berpanjangan dan makin mengganggu kehidupan seharian… itu “biasa-biasa” kah? Jadi, bilakah sakit kepala ini dikategorikan sebagai "bukan biasa-biasa"? Sebenarnya, ada banyak jenis sakit kepala, dan setiap satu jenis ini datang dengan pelbagai simptom dan punca yang berbeza. Kalau anda selalu rasa pening, berdenyut di sebelah kepala, atau rasa loya bila sakit kepala menyerang, mungkin anda sedang mengalami migraine atau sakit kepala kronik. Mari kita kenali beberapa jenis sakit kepala, simptom, dan puncanya dengan lebih lanjut. 🌪 Jenis-Jenis Sakit Kepala, Simtom dan Punca Sakit kepala boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, dan setiap sa...