Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2025

Sakit Kepala Berpanjangan? Mungkin Bukan Biasa-Biasa

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Kita semua mesti pernah mengalami sakit kepala, tak kiralah sama ada sebab kurang tidur, terlalu stress, atau sebab cuaca terlalu panas. Kadangkala ia hanya seketika dan hilang begitu saja, tetapi ada masanya ia berlarutan dan mengganggu aktiviti harian kita. Tapi bila sakit kepala jadi terlalu kerap, berpanjangan dan makin mengganggu kehidupan seharian… itu “biasa-biasa” kah? Jadi, bilakah sakit kepala ini dikategorikan sebagai "bukan biasa-biasa"?  Sebenarnya, ada banyak jenis sakit kepala, dan setiap satu jenis ini datang dengan pelbagai simptom dan punca yang berbeza. Kalau anda selalu rasa pening, berdenyut di sebelah kepala, atau rasa loya bila sakit kepala menyerang, mungkin anda sedang mengalami migraine atau sakit kepala kronik. Mari kita kenali beberapa jenis sakit kepala, simptom, dan puncanya dengan lebih lanjut. 🌪 Jenis-Jenis Sakit Kepala, Simtom dan Punca  Sakit kepala boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, dan setiap sa...

Bukan Diet Ketat, Tapi Gut Health: Step Penting Nak Kurus

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Pernah tak korang rasa, "Ish, aku dah cuba macam-macam diet, kena cut gula, skip nasi, dah keluarkan peluh kat gym berjam-jam, tapi kenapa la berat ni susah sangat nak turun ? Atau  "Berat dah turun, tapi sekejap je naik balik." Lepas tu, badan rasa lemau je, perut pulak asyik meragam?" Kalau pernah, angkat tangan! 👋 Saya faham sangat perasaan tu. Dulu pun saya macam tu. Dok sibuk kira kalori, pantang itu ini, tapi hasil tak seberapa. Kadang-kadang sampai rasa give up dah! Tapi, korang tahu tak, sebenarnya ada satu benda yang ramai terlepas pandang bila bercerita pasal nak kurus ni? Benda tu bukan pasal diet ketat sampai berlapar pun, bukan juga pasal workout gila-gila sampai pengsan, tapi ia adalah… GUT HEALTH! Ya, KESIHATAN USUS. Usus kita ni bukan sekadar tempat makanan lalu dan diproses je tau. Dia ibarat "otak kedua" kita, penuh dengan berbilion-bilion mikroorganisma baik dan jahat. Dan percaya atau tidak, keseimb...

Lawan Brain Fog dengan Makanan Sihat: 7 Superfood untuk Otak Cergas & Fokus Tajam

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Pernah tak rasa macam otak berkabus, susah nak fokus, dan asyik lupa itu ini? Duduk depan laptop lama, tapi idea tak keluar. Baca mesej orang, tapi tak boleh hadam. Nak cakap sesuatu pun rasa macam “blur”… benda atas hujung lidah, tapi tak terkeluar. Ha, kalau semua ni selalu terjadi pada anda, besar kemungkinan anda sedang mengalami “brain fog”. Apa Itu Brain Fog? Brain fog bukanlah satu penyakit, tapi lebih kepada sekumpulan tanda-tanda yang menunjukkan otak dan badan kita tengah ‘penat’. Antara simptom biasa adalah seperti: - Mudah lupa - Hilang aliran pemikiran ("train of thought") - Kekeliruan - Susah fokus - Emosi tak stabil - Otak rasa ‘slow’ walaupun tidur cukup - Lemau sepanjang hari walaupun tak buat kerja berat - Kurang produktif - Susah berfikir Biasanya brain fog ni datang disebabkan oleh tekanan, kurang tidur, hormon tak stabil, pemakanan tak seimbang dan juga radikal bebas yang boleh merosakkan sel otak kita. Ia juga boleh j...