Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Alhamdulillah, kita dah pun masuk minggu ke-2 dalam bulan Ramadhan. Ok ke, semua yang berpuasa tu? Rasanya pasti ada antara kita yang baru nak mula latih anak-anak kecil kita untuk berpuasa. Dan saya pasti juga akan ada cabaran-cabarannya. Ya, memang mencabar. Tapi kalau kita tahu caranya, insya Allah ini boleh jadi satu pengalaman yang menarik buat anak-anak dan juga untuk kita sebagai ibu bapa juga. Ini t ermasuklah cabaran nak kejut anak untuk bersahur dan mengajar anak menahan lapar. Sahur ni penting ye untuk anak-anak. Sahur ni bukan sekadar untuk makan sampai kenyang pada waktu tu je, tapi juga untuk pastikan anak-anak kita akan dapat tenaga yang mencukupi sepanajng hari berpuasa. So,macam mana nak buat sahur yang baik dan sesuai untuk anak-anak? Jom kita tengok beberapa tips yang boleh membantu! Pastikan Waktu Sahur Tidak Terlalu Awal Salah satu sebab kenapa anak cepat lapar waktu puasa adalah kerana kita kejutkan anak untuk...