Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Melahirkan anak ke dunia merupakan satu detik yang amat berharga buat para ibu. Menantikan anak selepas 9 bulan dikendong di dalam rahim. Tapi, waktu berpantang lain pula ceritanya. Ada setengah orang waktu berpantang tu satu masa yang sangat "heavenly" . Dapat berehat.. Tak payah buat kerja.. Tapi pada sesetengah orang yang lain, ia boleh jadi satu experience yang sangat ditakuti. Macam mana nak jaga anak... Badan rasa tak selesa... Sakit daripada luka pembedahan... Sesungguhnya pengalaman semua orang adalah tidak sama... Ia juga terjadi pada saya juga... Berpantang anak pertama, saya lebih tenang, despite anak jenis suka meragam. Berpantang anak kedua, setiap hari saya menangis tak tau apa punca, despite anak saya adalah jenis senang dijaga. Tapi, sebenarnya, bagi saya, waktu berpantang adalah waktu keemasan yang kita perlu grab untuk kita " healing ". Cubalah berehat serehat-rehatnya... Kita kena berani untuk minta tolong pasa...