Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2025

Manfaat Rutin dan Jadual Semasa Minggu Peperiksaan untuk Kehidupan Harian

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Bila dah masuk minggu peperiksaan, mula lah hidup jadi sangat hectic. Tak kisahlah untuk mak ayah atau anak-anak yang belajar tu sendiri. Ini termasuklah jadi pada diri saya sendiri. Bila dapat je jadual peperiksaan, dah macam-macam saya fikir dalam otak. Saya dah siapkan schedule silibus-silibus yang perlu anak saya ulang kaji, print out kertas-kertas past year exam atau apa-apa latihan yang anak saya boleh cuba untuk buat. Memang kalut lah! Dulu-dulu masa zaman saya masih belajar pun, itu jugalah yang saya buat untuk diri sendiri. Sekarang saya turunkan ke anak saya pula. Tapi sebenarnya, kalau difikir-fikirkan balik, di sebalik apa sahaja persiapan kita di sepanjang musim peperiksaan tu, ada banyak benda positif yang kita boleh ambil dan terapkan dalam hidup kita dan anak-anak.  Ya, memanglah bila cakap pasal exam, kita fikirkan untuk dapat straight A je. Tapi, kalau kita pandang dari sudut lain, musim exam ni sebenarnya boleh jadi satu titik...

SPM Bukan Pengakhiran: Nasihat Buat Anak-Anak Kita

Assalamualaikum wbt Hai Semua! Alhamdulillah, debaran menunggu keputusan SPM akhirnya dah pun berakhir. Dah tentunya ada yang tersenyum lebar, dan ada juga yang mungkin rasa berat hati nak tengok slip keputusan SPM tersebut. Tapi, apa-apa pun result anak-anak kita, satu benda penting yang kita kena ingat adalah: "SPM bukanlah satu pengakhiran hidup". Sebagai mak ayah, apa-apa pun kita yang kena jadi kuat dan tenang dulu. Biar apa-apa pun result yang mereka dapat, percayalah, setiap anak ada rezeki dan jalannya sendiri. Kadang-kadang jalan itu bukanlah jalan yang kita bayangkan atau inginkan, tapi sebenarnya itulah yang terbaik untuk mereka yang Allah telah lorongkan. Usaha Itu Tetap Satu Kejayaan Apa-apa pun, Acik nak ucapkan jutaan tahniah untuk anak-anak semua. Bukan sebab gred semata-mata, tapi kerana usaha anak-anak yang berpenat-lelah setelah bertahun-tahun belajar, ulangkaji dan berjuang dalam exam. Tak semua orang ada kekuatan untuk bertahan sampai habis. Jadi usaha an...