Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2025

Vitamin A: Manfaat, Sumber Makanan & Kesan Kekurangan

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Vitamin A mungkin selalu dikaitkan dengan lobak merah dan kesihatan mata, tapi tahukah anda bahawa vitamin ini sebenarnya mempunyai banyak lagi manfaat?  Dan alangnya, ramai juga yang tak sedar yang ada sesetengah orang mungkin boleh mengalami masalah kekurangan Vitamin A, yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Dalam post kali ini, saya nak share sikit tentang kepentingan Vitamin A, daripada manfaat utamanya sehinggalah kepada sumber makanan terbaik yang boleh kita ambil. Jom kita tengok! Manfaat Vitamin A Jom tengok manfaat utama vitamin A yang buatkan ia penting untuk kesihatan kita: Jaga kesihatan mata - membantu penglihatan dalam keadaan gelap  - mengurangkan risiko rabun malam Kulit lebih sihat dan berseri - bantu mempercepatkan pembaharuan sel kulit - mengurangkan keradangan - bagus untuk yang ada masalah kulit kering, berjerawat dan kusam Kuatkan sistem imun - Bantu menghasilkan sel darah putih untuk lawan virus dan bakte...

Apa itu Probiotik? Pengenalan Kepada Kebaikan Bakteria Baik

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Kita ada banyak mendengar tentang probiotik atau produk-produk yang diperkaya dengan probiotik. Katanya probiotik ni bagus untuk kesihatan. Tapi apa sebenarnya probiotik ni? Probiotik adalah sejenis mikroorganisma hidup yang kita lebih kenali sebagai “bakteria baik” kerana peranannya dalam menyokong kesihatan tubuh badan kita, terutamanya pada sistem penghadaman. Dulu-dulu kalau cakap bakteria mesti kita ingat bakteria ni bawak penyakit je, kan... Tapi, sebenarnya tak semua bakteria adalah berbahaya. Probiotik adalah salah satu contoh terbaik bagaimana bakteria juga dapat memberikan manfaat besar kepada tubuh badan kita.  Jadi, apa sebenarnya probiotik, dan bagaimana ia membantu kesihatan kita? Jom teruskan membaca dan kenali apa kebaikan bakteria baik ini. Jenis-jenis Probiotik Probiotik ni sebenarnya ada banyak jenis, tapi yang paling popular dan biasa kita dengar adalah daripada dua kumpulan besar ini: Lactobacillus dan Bifidobacterium. Setia...