Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dah viral satu berita tentang satu jenis “virus baru”, iaitu virus hMPV (human metapneumovirus), terutamanya bila kita dengar ada peningkatan kes jangkitan di beberapa tempat. Rasanya kita baru je dapat tarik nafas lega sekarang lepas berakhirnya pandemik Covid 19 dulu. Ada virus baru lagi ke? Tapi, ye ke virus hMPV ni virus baru? Jawapannya: tidak. Virus ini bukanlah ancaman yang baru je muncul, tetapi dah lama dikenali terutamanya oleh komuniti perubatan. Meh saya share serba-sedikit bekenaan virus hMPV ni berdasarkan pembacaan saya. Sejarah Ringkas Virus hMPV? Virus hMPV adalah sejenis virus saluran pernafasan (respiratory virus) dari kumpulan paramyxovirus. Virus ini boleh menjangkiti individu daripada semua peringkat umur. Ia mula-mula ditemui pada tahun 2001 . Walaupun begitu, ada yang mengatakan yang virus ini sebenarnya dah wujud lama lagi daripada itu, iaitu sejak tahun 1950-an lagi. ...