Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Kehamilan adalah satu fasa kehidupan yang sangat dinanti-natikan dan sangat mengujakan bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin. Namun begitu, ia juga merupakan satu fasa yang boleh mendatangkan kebimbangan bagi sepasang bakal ibu bapa, terutamanya berkenaan perihal kesihatan kandungan. Kita risau, adakah anak yang dikandungkan mendapat cukup nutrien daripada diet ibu yang mengandungkannya. Kenapa Wanita Mengandung Perlukan Supplemen Nutrisi Tambahan? Wanita mengandung memerlukan lebih tenaga, blok binaan, dan bantuan pada peringkat sel lagi. Banyak perkara yang ibu perlu titik beratkan semasa hamil, termasuklah pengambilan nutrisi semasa kehamilan, gaya hidup, dan status kesihatan. Ini kerana ia boleh mempengaruhi berat bayi semasa lahir, kadar tumbesarannya selepas lahir, dan seterusnya taraf kesihatannya semasa dalam proses tumbesaran. Oleh itu, sangat penting bagi wanita mengandung untuk mengambil nutrisi kehamilan yang baik, pada sepanjang tig...