Assalamualaikum & Hai Semua! Bintik-bintik hitam pada kulit muka boleh terjadi disebabkan parut akibat acne, sunburn dan bintik-bintik penuaan. Malah, pengambilan pil-pil seperti pil perancang juga boleh mengakibatkan bintik-bintik hitam pada wajah. Anda mungkin selalu duk terfikir, macam mana lah agaknya nak buang bintik-bintik hitam ni.. Tak payah nak duk risau lagi. Saya akan kongsikan dengan anda sebahagian cara-cara untuk buang bintik-bintik tu, dan juga membersihkan kulit anda... Gunakan buah-buahan sitrus Buah-buahan sitrus mengandungi kandungan Vitamin C yang banyak, atau dipanggil sebagai asid askorbik. Vitamin C membantu untuk menanggalkan lapisan kulit paling atas tanpa sebarang kerosakan tambahan pada kulit. Anda boleh gunakannya sebagai face mask dengan pelbagai cara: Perah jus lemon/oren/anggur/limau. Gunakan kapas dan sapukan pada kulit. Bilas selepas lebih kurang 20 minit. Campurkan jus lemon dengan madu dan sapukan pada wajah selama lebih kurang 30 minit...