Bila sebut saja MLM, semua orang dah rasa taboo.. Ish, sistem piramid.. Ini semua tipu!!! Makan duit orang!!! Okay, saya tidak salahkan mereka. Kerana saya juga pernah berfikiran begitu. Baguslah jika anda pun pernah berfikiran begitu. Itu bermakna anda benar-benar memastikan bahawa diri anda tidak terjebak dengan skim-skim cepat kaya yang dah tentu-tentu menindas orang-orang bawah. Tapi, apa yang menyebabkan saya terjebak dengan Shaklee? Saya dari dulu memang tak suka MLM. Sebab saya rasa ahli-ahli MLM ni hanya mengejar orang-orang bawah atau donwline sahaja. Bukan untuk menjual produk. Dan orang-orang ataslah yang mengaut untung tanpa sebarang usaha, sedangkan orang-orang bawah terus tertindas, usaha untuk memberi makan pada orang atas yang hanya duduk senang lenang. Okay, saya tak tahu syarikat mana yang buat skim-skim macam ni. Tapi, yang tentunya, skim begini memang wujud..!! Okay, kembali kepada soalan asal. Kenapa saya memilih Shaklee? Saya sudah menjadi pelanggan tet...