Apakah yang menyebabkan saya memilih Shaklee? Apa yang membezakan Shaklee dari kebanyakan produk-produk supplemen yang lain? Yang saya tahu, produk Shaklee dijamin keselamatannya.. !! Nama Shaklee dan alam semulajadi tidak dapat dipisahkan. Amat sinonim sekali. Saintis Shaklee telah mencari di seluruh dunia untuk sumber-sumber bahan semulajadi yang terbaik. Lebih 350 ujian telah dijalankan ke atas setiap bahan baru yang digunakan dalam proses pembuatan untuk mengesan sebarang logam berat, racun perosak atau mana-mana ratusan bahan cemar yang lain yang boleh membahayakan pengguna. Dan Shaklee akan terus menjalankan lebih 83,000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan produk setiap hari. Secara teknikalnya, produk Shaklee tidak mempunyai parabens, Triclosan, phthalates, sodium lauryl sulfat (SLS), natrium sulfat eter lauryl (SLES), 1,4-dioxane, atau propilena glikol. Tiada bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tiada lemak trans dan tiada...