Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Kehamilan merupakan salah satu saat yang paling mencabar bagi seseorang wanita. Pada saat inilah perasaan semua bercampur baur. Rasa suka, takut, semua ada. Tapi, semua wanita tak akan menafikan, ia juga merupakan saat yang amat manis, menantikan kelahiran cahaya mata yang tersayang. Hari ni nak cerita sikit pasal keperluan wanita yang hamil untuk mendapatkan zat besi yang mencukupi. Kenapa penting sangat zat besi (iron) untuk wanita hamil? Tak payah tanya lah. Even sebelum hamil pun, setiap orang amat memerulan zat besi untuk pelbagai tujuan: - Penting untuk menghasilkan hemoglobin, iaitu sejenis protein sel darah merah yang membawa oksigen kepada sel-sel yang lain. - Zat besi adalah komponen yang penting bagi myoglobin (sejenis protein yang membantu menyediakan oksigen pada otot), kolagen (protein dalam tulang, rawan, dan tisu-tisu penghubung), dan juga enzim-enzim dalam badan. - Ia juga membantu untuk mengekalkan sistem imun yang sihat. Tap...