Okay... Banyak juga saya dengar komen-komen atau kritikan-kritikan yang mengatakan mereka tak dapat merasakan apa-apa kesan positif selepas mengambil suplemen. Biar saya terangkan serba-sedikit perkara yang perlu diambil berat semasa mengambil suplemen. Ramai mereka yang mengambil suplemen ni kurang sabar. Apa maksud kurang sabar tu? Maksudnya adalah, mengambil suplemen dengan harapan dapat melihat kesan positifnya dalam jangka masa yang singkat. Sebenarnya kita tak boleh expect untuk mendapatkan kesan positive daripada suplemen ni dalam jangka masa pendek. Tak boleh nak expect seminggu makan, oh.. kulit jadi cantik... Seminggu makan, ooo.. parut luka saya sudah hilang... Seminggu makan, oo.. dah boleh buat stok susu berbotol-botol... Tapi, bila tak dapat seperti yang diharapkan, kita terus demotivated untuk teruskan. Yang paling kurang enaknya, terus mengatakan oh, suplemen ni tak lah sebagus manapun.... Tak boleh macam tu ye, yang...~~ That's not how health supplement works....