Skip to main content

Selamat Tinggal Alahan dengan Set Shaklee

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!.

Selamat petang semua....

Saya ada mood pulak nak update blog ni. Semenjak raya ni, agak bersawang blog tak berupdate.

Insya Allah, hari ni saya nak bercerita sikit pasal ALAHAN atau omputih kata ALLERGY.

APAKAH SEBENARNYA ALLERGY?

Allergy atau alahan ni sebenarnya adalah satu penyakit akibat hypersensitivity pada sistem imun seseorang. Sistem imun adalah satu sistem yang complex dalam badan kita yang menyediakan pertahanan pada badan kita daripada serangan bakteria dan virus. Ia juga berfungsi untuk menjaga badan kita daripada keadaan seperti kanser dan auto-immuniti. Alahan selalu berlaku bila sistem imun seseorang tu mempunyai tindak balas yang tak normal pada sesuatu yang biasanya tak memudaratkan. Ini diakibatkan oleh sejenis antibodi (IgE) yang terhasil dalam badan mereka yang mempunyai masalah alahan. Unsur yang boleh mengakibatkan tindak balas ini dinamakan "Allergen".

SIMTOM-SIMTOM ALLERGY

Seseorang yang mempunyai keadaan macam ni selalunya mempunyai masalah asma atau lelah. Simtom-simtom lain adalah seperti gatal-gatal mata, gatal-gatal kulit, hidung berair, bersin, resdung, sesak nafas dan eczema. Allergy ni boleh diakibatkan oleh pelbagai sebab. Ia boleh disebabkan oleh cuaca, keadaan persekitaran atau juga makanan. Ada juga sesetengah orang yang mempunyai alahan pada certain ubat-ubatan.

PENYEBAB DAN AKIBAT ALLERGY

Tindak balas ini kebiasaannya memang sangat tak menyenangkan dan memang membuatkan seseorang tu terlebih stress. Dan yang lebih teruk, certain tindak balas tu boleh juga membahayakan. Sebagai contoh, jika seseorang tu mempunyai alahan terhadap makanan seafood, dan akan mengalami kebengkakan pada certain anggota badan. Jika keadaan teruk, seseorang tu boleh mengalami bengkak pada bahagian tekak, dan boleh mengakibatkan saluran pernafasan tersekat.

SIAPA YANG BERISIKO

Masalah alahan ni selalu berlaku pada seseorang yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah yang sama. Ada juga yang mengatakan mereka yang lahir melalui proses C-sect lebih terdedah dengan masalah alahan, berbanding mereka yang dilahirkan secara normal. Namun, tak semestinya seseorang yang tak pernah ada masalah ni tak akan diserang dengan masalah alahan ni. Ia bergantung juga kepada taraf kesihatan seseorang memandangkan ia amat berkait rapat dengan kekuatan sistem imun. Sebab tu, bila umur bertambah, kadang-kadang seseorang tu boleh develop masalah alahan.

PENCEGAHAN

Kebanyakan mereka yang ada masalah alahan rasa perlu untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah mereka dengan mengambil ubat-ubatan. Ia tak jadi masalah. Cuma perlu diingatkan, certain ubat-ubatan juga mempunyai kesan sampingan yang tak baik jika digunakan pada jangka masa panjang.

So, jika anda berminat untuk mencuba alternatif yang lebih selamat dan semulajadi, saya nak mencadangkan supplemen Shaklee yang sangat sesuai untuk anda..

GARLIC COMPLEX
Bawang putih memang telah digunakan secara tradisional kerana mempunyai ciri-ciri anti-bakteria, anti-kulat, anti-virus dan anti-keradangan. Bawang putih selalu diambil untuk mengurangkan simtom alahan. lelah, selsema, demam, jangkitan, cirit-birit dan kembung perut. Bawang putih juga mempunyai ciri0ciri yang dapat melindungi jantung dengan menyeimbangkan tekanan darah dan paras kolestrol.

ALFALFA COMPLEX
Alfalfa mempunyai banyak vitamin dan mineral. Mereka yang menderita masalah alahan kebanyakannya boleh bernafas dengan lebih baik dan menghapuskan simtom-simtom alahan dengan alfalfa. Ia mengandungi vitamin A, C, E dan K. Ia juga mempunyai antihistamin semulajadi, diuretik semulajadi, membantu penghadaman, serat dan klorofil, merendahkan kolestrol dan agen detox. Boleh membantu mereka yang mempunyai masalah badan, kaki dan nafas berbau, hidung tersumbat, tumit bengkak, retensi air, sembelit, perut sebu, arthritis dan ulcer. 

SUSTAINED RELEASE VITA-C
Melindungi diri dengan ciri-ciri antioksida pada Vitamin C. SR Vita-C memounyai formula yang unik dan semulajadi yang melepaskan Vitamin C secara perlahan-lahan ke aliran darah selama lebih 5 jam untuk membekalkan nutrien daripada keseluruhan Vitamin C Complex termasuk bioflavonoid. Vitamin C boleh melindungi diri daripada asap, dan pemakanan yang tidak sihat, tekanan, lebam, varikos, jangkitan kronik, alahan, asma, selesema, kelenjar bengkak, anemia, dan penyembuhan yang lambat.

NUTRIFERON
Ia telah dihasilkan dan diuji secara meluas oleh immunologists dari Jepun. Ia merupakan campuran proprietary ekstrak tumbuhan yang diambil dari biji labu, bunga safflower, biji Plantago dan kuntuman bunga Japanese Honeysuckle. Ia mempertingkatkan tindak balas imun badan menentang perengsa daripada persekitaran dan udara. Dan ia sangat selamat!

ZINC COMPLEX

Zinc adalah sejenis nutrien yang penting untuk sistem imun. Ia meningkatkan penyembuhan, menyembuhkan selsema dan sakit tekak, melindungi mata dan prostat, penting semasa kehamilan dan penyusuan dan detoksifikasi alkohol. Kekurangan zinc boleh mengakibatkan kurang deria bau, selera, dan rasa, bintik putih pada kuku, ketidaksuburan, kerosakan saraf, katarak, acne dan penyembuhan yang perlahan.

B-COMPLEX
Pantothenic acid dalam Vitamin B memainkan peranan untuk fungsi kelenjar adrenal yang baik dan membantu badan kita untuk menghasilkan kortison semulajadi yang melawan menentang allergen dan mengurangkan simtom-simtom alahan. 

Selain melengkapkan diri dengan supplemen, anda boleh juga mula menggunakan apa-apa bahan yang bebas toksik. Saya syorkan:

GET CLEAN FRESH LAUNDRY CONCENTRATE

Tiada bahan pewarna, hypoallergenic, produk berkepekatan tinggi, rumusan enzim organik semulajadi, mesra alam (terbiodegradasi, bebas fosfat, klorin, borat dan nitrat).

BASIC H2 ORGANIC SUPER CLEANING CONCENTRATE

Ia adalah 2x ganda lebih pekat dan memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Tidak mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya. Selamat, berkesan dan semulajadi.

YOUTH SKIN CARE PRODUCT

Produk penjagaan kulit Youth yang dibangunkan secara klinikal oleh pakar kulit bertaraf dunia, Skin Age Index, yang dapat memberikan cara yang berdasarkan fakta dan klinikal untuk membuktikan kesan Youth Skincare terhadap rupa dan keawetan kulit kita.

2/3 daripada wanita yang menggunakan Youth Skincare menunjukkan umur kulit 10 tahun lebih muda!

Insya Allah, anda akan berpuas hati dengan produk Shaklee ni. Dah bersedia nak say GoodBye pada masalah alahan anda?

Sekiranya anda ingin mendapatkan supplemen dan produk semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi, sayalah Pengedar Sah Shaklee anda. 



Set Asas Alahan, Eczema, Resdung dan Asma

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole